Lembaga Tabung Haji (TH) menyasarkan untuk memendekkan tempoh menunggu menunaikan haji bagi setiap pendaftaran kepada 50 tahun pada masa akan datang berbanding 89 tahun buat masa ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata sasaran itu mampu dicapai menerusi hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi berikutan penambahan kuota jemaah haji seperti yang diumumkan baru-baru ini.
Beliau berkata kemungkinan Malaysia akan menerima penambahan kuota sehingga 40,000 jemaah tahun depan berbanding 35,000 pada tahun ini, sekali gus menyaksikan tempoh menunggu disingkatkan daripada 120 tahun sebelum ini kepada 89 tahun.
Tempoh menunggu bawah 50 tahun untuk 2.5 juta pendeposit TH yang mendaftar untuk menunaikan haji ditetapkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Tabung Haji, katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan menerusi Program Ziarah Kasih Ramadan 2017 berjumlah RM300,000 kepada 1,500 penerima di sini, hari ini.
Penambahan kuota sebanyak 30,200 berbanding 27,900 sebelum ini merupakan hasil perbincangan antara Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa lawatan negara Raja Arab Saudi itu ke Malaysia baru-baru ini.
Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata bagi memberi kemudahan kepada jemaah Malaysia, kerajaan sedang berusaha untuk mendapatkan tanah di Mekah dan Madinah untuk membina Kompleks Tabung Haji bagi menempatkan jemaah sepanjang tempoh menunaikan ibadah haji.
Beliau berkata kerajaan Arab Saudi ada menawarkan beberapa bidang tanah dan pihaknya bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan ke negara itu pada Ramadan ini sebelum memutuskannya pada musim haji ini.
"Jika jemaah negara lain nak tengok Kaabah pun kena berjalan jauh. Alhamdulillah jemaah kita hanya 600 meter ke 700 meter sahaja. Itu pun kita nak cari lebih dekat lagi untuk memudahkan jemaah kita. Ini semua berlaku kerana keakraban Malaysia dan Arab Saudi," katanya.
Sementara itu, Abdul Azeez menegaskan sumbangan menerusi Program Ziarah Kasih Ramadan tidak menggunakan wang pendeposit TH sebaliknya ia adalah wang Yayasan Tabung Haji dan hasil sumbangan badan-badan korporat termasuk kerajaan pusat.
Beliau berkata Yayasan Tabung Haji mempunyai peruntukan sedia ada sebanyak RM7 juta dan hasil sumbangan badan-badan korporat menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM15 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2017

Abdul Azeez menyampaikan sumbangan kepada penduduk kawasan Parlimen Balik Pulau pada Program Ziarah Kasih Ramadan 2017 di Dewan Utama Politeknik Balik Pulau hari ini, 31 Mei, 2017. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Guan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez
Mahkamah Rayuan memerintahkan Lim Guan Eng membayar ganti rugi am RM250,000 kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kerana memfitnah berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Mahkamah Rayuan tetap 21 Ogos keputusan saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng
Mahkamah Rayuan menetapkan 21 Ogos ini untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng.

Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar
Anwar mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum dimuktamadkan.

Azeez Rahim dilantik Pengerusi KEDA baharu - Zahid
Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

Kes Najib, Rosmah terus curi tumpuan pada 2022
Ia menyaksikan Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama Malaysia yang terpaksa meringkuk dalam penjara bagi kesalahan jenayah.

Penjelasan Peguam Negara mengenai Azeez Rahim lepas, bebas kes rasuah, pengubahan wang haram
Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Azeez dan tidak membantah terhadap permohonan pelepasan dan pembebasan beliau hari ini.

Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.

Abdul Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Representasi yang dikemukakan tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.

Abdul Azeez kemuka lagi representasi batal tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez sekali lagi mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Kes rasuah, AMLA: Mahkamah kekal 9 daripada 13 pertuduhan terhadap Abdul Azeez
Mahkamah bagaimanapun bersetuju membatalkan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram ke atas tertuduh.