Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kontinjen Malaysia di Sukan SEA 2019 bersabar dan tabah dalam menghadapi situasi Taufan Kammuri yang sedang melanda Filipina.
Beliau juga berharap atlet negara akan melakukan yang terbaik dalam temasya sukan dwitahunan untuk menunjukkan kebolehan Malaysia.
"Itulah harapan saya dan saya berdoa pasukan Malaysia akan berjaya," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Bendera Malaysia kepada peserta misi All Women Expedition to Antartika (AWETA) di Perdana Putra, pada Selasa.
Perdana Menteri berkata walaupun dilanda ribut taufan yang amat dahsyat, namun beliau yakin kerajaan Filipina akan memastikan Sukan SEA 2019 dapat dijalankan dengan sempurna.
Menurut laporan media, beberapa acara sukan pada temasya Sukan SEA ke-30 yang sedang berlangsung di dua kluster iaitu Subic dan Clark terpaksa ditunda ke tarikh baharu susulan Taufan Kammuri membadai Filipina.
Terdahulu, Dr Mahathir meluangkan masa kira-kira setengah jam mendengar penerangan daripada penjelajah wanita negara yang juga Mentor AWETA, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, berkenaan pengembaraan yang akan dilalui tiga 'ratu ais' negara dalam misi itu.
Selain menyerahkan bendera Malaysia kepada pasukan itu, Perdana Menteri turut menyerahkan kapsul masa 2030 yang dinamakan 'Semangat Malaysia Boleh Tun Dr Mahathir Mohamad' yang akan ditanam pasukan itu di Antartika dalam misi yang dijadual bermula pada 18 Dis ini hingga 3 Jan depan.
Tiga peserta misi itu ialah anggota Tentera Darat Malaysia Kpl Siti Jumaidah Bensali, 34; Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Dalam Negeri, Salehah Abu Nor, 33; dan ahli farmasi, Nurul Atiqah Tamarun, 31, manakala Sharifah Mazlina akan bertindak sebagai mentor dan moderator.
"Saya juga ada tugas, saya hendak ambil semula kapsul masa saya yang lama (ditanam di Antartika pada 2004), jadi dalam masa sama yang boleh membantu dan memantau mereka.
"Saya akan menghantar mereka di garisan permulaan, selepas itu mereka berjalan sebagai kumpulan, dan saya akan jumpa mereka semula di garisan penamat dan di sana kami akan cari kapsul masa yang saya tanam dulu dan kapsul yang ini (2030) akan ditanam oleh mereka," jelasnya.
Sharifah Mazlina berkata ketiga-tiga 'protege' itu dipilih selepas mereka berjaya mengharungi pelbagai ujian mental dan fizikal yang ditetapkan sekali gus mengenepikan 1,000 peserta lain sejak penyertaannya dibuka pada 2017.
Katanya ekspedisi itu akan menggunakan laluan Last Degree 89?S To The South Pole merangkumi jarak sejauh 110 kilometer dan teknik digunakan adalah berski.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 03 2019

Dr Mahathir menyerahkan Jalur Gemilang kepada Sharifah Mazlina (dua, kanan) yang akan menjayakan misi negara ke Kutub Selatan pada majlis penyerahan Jalur Gemilang di Bangunan Perdana Putra, 3 Dis, 2019. --fotoBERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.

4 maut dalam nahas pesawat di selatan Filipina
Sebuah pesawat persendirian terhempas di wilayah Maguindanao del Sur, selatan Filipina, pada petang Khamis, mengorbankan empat orang, menurut Xinhua yang memetik laporan media tempatan.

Pengawal Pantai China pantau aktiviti penghantaran bekalan semula Filipina di Ren'ai Jiao
Jurucakap CCG Liu Dejun berkata misi penghantaran bekalan semula tersebut dijalankan selepas mendapat kelulusan daripada pihak China.

Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.

Filipina bakal tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN 2026 di Cebu, Boracay
Peluang membincangkan dasar dan menyaksikan secara langsung potensi besar pertumbuhan pelancongan mampan di rantau ini.

Piala ASEAN 2024: Linares jadi wira Filipina tewaskan Thailand selepas 52 tahun
Pasukan tuan rumah mengejutkan Thailand dengan gol pembukaan menerusi rembatan padu kaki kiri Sandro Reyes dari luar kotak penalti pada minit ke-21.

Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.

Piala ASEAN 2024: Vietnam, Filipina mara ke separuh akhir
Kejayaan di Stadium Viet Tri itu menyaksikan pasukan tuan rumah muncul juara kumpulan B dengan mengumpul 10 mata.

Banduan hukuman mati Filipina dihantar pulang selepas rundingan panjang dengan Indonesia
Seorang rakyat Filipina yang dijatuhi hukuman mati di Indonesia, akhirnya kembali ke Manila pada pagi Rabu setelah melalui rundingan panjang selama bertahun-tahun antara kedua-dua negara.