KUALA LUMPUR:Pertambahan peruntukan yang diterima oleh Kementerian Pertahanan sebanyak RM16 bilion dalam Belanjawan 2021, peningkatan 1.8 peratus berbanding belanjawan sebelumnya, menunjukkan komitmen tinggi kerajaan terhadap keutamaan pertahanan negara.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini berikutan persekitaran keselamatan tidak menentu dan ancaman keselamatan bukan tradisional menjadi dua faktor yang memerlukan tahap kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tinggi.
Beliau berkata kenaikan yang ketara adalah peruntukan belanja pembangunan (DE) yang diterima iaitu sebanyak RM4.50 bilion, menyaksikan peningkatan sebanyak RM1.42 bilion atau 46.1 peratus.
"Peruntukan bagi belanja mengurus (OE) adalah sebanyak RM11.35 bilion, mengalami penurunan sebanyak RM1.14 bilion atau 9.1 peratus.
"Pengurangan ini adalah disebabkan oleh peningkatan peruntukan yang besar di bawah DE bagi senggaraan dan naik taraf aset-aset utama Angkatan Tentera Malaysia untuk memastikan kesiagaansentiasa pada tahap tertinggi," katanya.
Ismail Sabri berkata demikian ketika mengulas Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam bertemakan 'Teguh Kita, Menang Bersama' dengan peruntukan RM322.5 bilion, yang tertinggi pernah direkodkan.
Beliau berkata bagi belanjawan kali ini, kementerian akan menumpukan kepada dua fokus utama iaitu peningkatan keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan serta kebajikan warga ATM dan Veteran.
"Daripada jumlah peruntukan yang diterima, antara perkara yang akan dilakukan termasuk perolehan aset baharu melibatkan peruntukan RM1.6 bilion, penyelengaraan aset utama (RM2.3 bilion) dan pembinaan hampir 1,000 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) (RM500 juta).
"Selain itu, sebanyak RM105.3 juta akan diperuntukkan kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran(JHEV) bagi menjaga kebajikan Veteran ATM, program peningkatan kemahiran dan latihan semula olehPERHEBAT untuk bakal Veteran (RM30 juta) serta bantuan khas kewangan RM300 untuk Veteran berpencen dan tidak berpencen," katanya.
Pada masa sama, Belanjawan 2021 mengambil kira peranan ATM dalam menangani pandemik COVID-19 dan Ops Benteng yang melibatkan gerak kerja bersepadu agensi keselamatan dalam mengawal sempadan negara.
Beliau berkata selain itu, kementerian turut diberikan sebahagian daripada RM27 juta yang diperuntukkan kerajaan kepada Cyber Security bagi meningkatkan kawalan keselamatan siber negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 07 2020
Ismail Sabri berkata kenaikan yang ketara adalah peruntukan belanja pembangunan (DE) yang diterima iaitu sebanyak RM4.50 bilion. - Gambar fail
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.