KUALA LUMPUR:Taman Negara Johor Endau Rompin (TNJER) dicalonkan sebagai ASEAN Heritage Park (AHP) dalam Mesyuarat Jemaah Menteri semalam, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) Datuk Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor yang bersidang pada 7 Mac 2018 telah bersetuju pencalonan TNJER sebagai AHP, sekali gus menjadikan pengiktirafan keempat bagi Malaysia selepas Taman Negara (Pahang, Kelantan dan Terengganu), Kinabalu National Park (Sabah) dan Gunung Mulu National Park (Sarawak).
"Pencalonan TNJER antara lain akan meningkatkan imej TNJER sebagai kawasan konservasi penting di Johor dan Taman Negara kedua di Semenanjung Malaysia, memperkukuhkan pengurusan TNJER berasaskan kepada best management practice setaraf dengan pengurusan kawasan perlindungan serantau dan antarabangsa.
"...selain itu turut meningkatkan jaringan hubungan dan kerjasama antara kawasan perlindungan di dalam dan luar negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
AHP adalah inisiatif kerjasama serantau untuk menguruskan jaringan kawasan perlindungan di rantau ASEAN yang mempunyai keunikan, kepelbagaian biologi dan nilai ekologi terpenting.
Perkara itu dipersetujui oleh negara anggota ASEAN melalui ASEAN Declaration on Heritage Parks and Reserves 1984 yang ditandatangani Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand pada 29 Nov 1984.
TNJER dilitupi lebih 90 peratus hutan hujan tropika serta ekosistem yang masih terpelihara dengan hampir keseluruhan kawasan perlindungan dikelilingi rizab hutan simpan, serta mengandungi 80 spesies tumbuhan diancam secara global tersenarai di bawah Spesies terancam Senarai Merah IUCN, termasuk 38 spesies Terancam Kritikal (CR), 16 spesies terancam (EN) dan 26 spesies Terdedah (VU).
Selain itu, TNJER juga adalah habitat penting bagi pemuliharaan mamalia besar yang terancam terutamanya Harimau Malaya (Panthera tigris), Malayan Tapir (Tapirus indicus), Beruang Matahari (Helarctos Malayanus) dan Gajah Asia (Elephas maximus).
Katanya, KeTSA akan mengemukakan dokumen pencalonan TNJER sebagai AHP kepada Sekretariat AHP di Filipina untuk dipertimbangkan oleh kumpulan kerja ASEAN serta kelulusan di peringkat Menteri-Menteri ASEAN pada tahun 2021.
Sementara itu, Shamsul Anuar berkata pencalonan itu mencerminkan kesungguhan Malaysia dalam memelihara dan mengiktiraf kawasan perlindungan sebagai khazanah negara yang tidak ternilai.
Beliau menyeru semua kerajaan negeri supaya mengambil inisiatif mengemukakan pencalonan bagi mendapatkan pengiktirafan antarabangsa seperti AHP kerana ia membantu aspek promosi sektor pelancongan tidak hanya di Malaysia dan peringkat ASEAN, malah di persada luar negara.
"Namun, sebelum potensi ekopelancongan diterokai secara agresif, pembangunan dan pengurusan kawasan ekopelancongan hendaklah dilaksanakan secara mapan untuk memastikan flora, fauna dan ekosistem sedia ada sentiasa terpelihara," katanya.
Bagi tujuan itu, beliau berkata kajian daya tampung perlu dilaksanakan dan pengusaha ekopelancongan perlu memastikan had daya tampung dipatuhi.
Katanya, usaha itu juga adalah selaras dengan hasrat ASEAN agar langkah pemuliharaan perlindungan dilaksanakan bagi mengekalkan proses ekologi dan kepelbagaian genetik, memastikan pemeliharaan biodiversiti dan ekosistem, serta memelihara hutan belantara yang mempunyai nilai tinggi dari aspek budaya, pendidikan, penyelidikan, rekreasi dan ekopelancongan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 12 2020

Taman Negara Endau Rompin dilitupi lebih 90 peratus hutan hujan tropika serta ekosistem yang masih terpelihara dengan hampir keseluruhan kawasan perlindungan dikelilingi rizab hutan simpan. - Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Gajah liar masuk Kampung Seri Bayas dipindah
Gajah jantan yang berusia 15 tahun itu dipindahkan ke Taman Negara Terengganu pada Rabu.

Perhilitan Kelantan pindah 12 gajah liar
12 ekor gajah liar yang ditangkap telah dipindahkan ke habitat lebih selamat sejak Januari hingga Julai lalu.

COVID-19: Kerajaan Pahang hilang RM20 bilion ekoran sektor pelancongan ditutup
Dari Januari hingga Mac tahun ini, Pahang kehilangan 79 peratus kehadiran daripada 3 juta pelancong berbanding tahun lepas.

Negara berdepan kepupusan Harimau Belang Malaya jika tidak dipelihara
Tindakan pembiakan, pemuliharaan dan pembelajaran mengenai Harimau Belang Malaya diperlukan bagi mengelakkan kepupusan populasi berkenaan di negara ini.

Pengendali jet ski mati lemas selepas selamatkan pelanggan
Mangsa mati lemas selepas bantu dua pelanggannya terjatuh ke dalam laut ketika menunggang jet ski.

Cameron Highlands, Bukit Fraser antara kawasan pelancongan dipantau Polis Pahang
Polis Pahang akan meningkatkan pemantauan di kawasan pelancongan negeri ini susulan aktiviti sektor berkenaan sudah dirancakkan semula.

Lima gajah liar berjaya dipindahkan ke taman negara
Lima gajah betina liar termasuk seekor anak gajah berusia satu tahun yang ditangkap di Kampung Kuala Tiga, dekat sini Selasa lepas, berjaya dipindahkan dari sini ke Taman Negara di Terengganu.

Banjir: 79 pelancong terkandas di Taman Negara dibawa keluar
Kesemua mereka adalah pelancong yang mendaftar masuk di empat resort di Taman Negara semasa cuti hujung tahun.

Lukisan mural Laman Samudera tarikan terbaharu pelancong ke Mersing
Lukisan mural di Laman Samudera terletak berhampiran jeti penumpang Mersing hanya mengambil masa tiga minit berjalan kaki.

Pahang mohon teliti semula arahan tutup Taman Negara
Arahan itu dilihat menjejaskan sektor pelancongan yang baru hendak dirancakkan semula selepas berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan mulai 18 Mac lepas.