BENTONG:Kerajaan negeri Pahang memohon pihak berkaitan untuk meneliti semula arahan penutupan Taman Negara Kuala Tahan kira-kira 180 kilometer dari sini, memandangkan negeri ini tidak terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata arahan itu dilihat menjejaskan sektor pelancongan yang baru hendak dirancakkan semula selepas berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan mulai 18 Mac lepas.
"Pengusaha resort dan pemandu pelancong baru hendak menarik nafas lega (selepas PKP) namun arahan penutupan Taman Negara menyebabkan ramai pelancong terpaksa membatalkan tempahan yang difahamkan mengakibatkan kerugian kepada mereka.
"Bagi saya keputusan ini harus diteliti semula kerana pelancong dari luar kawasan PKPB seperti Johor, Kelantan dan Perak masih boleh berkunjung ke negeri ini tanpa melalui kawasan PKPB," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.
Mohd Sharkar ditemui selepas melancarkan Persatuan Sahabat Alam Tampik Janda Baik (SATJB) di Janda Baik di sini pada Selasa, yang turut dihadiri Pengarah Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Pahang Datuk Idros Yahya dan Pengerusi SATJB Rohaimi Anuar.
Mohd Sharkar menambah beliau telah menerima memorandum daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Kesejahteraan Kampung Kuala Tahan bagi memohon arahan penutupan itu ditarik balik atas alasan pendapatan terjejas.
Beliau diminta mengulas mengenai arahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada 6 Okt lepas berhubung penutupan Taman Negara itu sebagai langkah berjaga-jaga ekoran peningkatan kes COVID-19.
Tiga kawasan pula dikenakan PKPB iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 hingga 27 Okt ini.
Mengulas mengenai pelancaran SATJB, beliau berkata ia merupakan pelancongan berasaskan komuniti pertama di Semenanjung Malaysia, yang memberi peluang kepada penduduk Janda Baik untuk menguruskan Air Terjun Ulu Tampik yang berpotensi diketengahkan sebagai lokasi pelancongan.
"Ia merupakan projek rintis dan saya berharap penduduk di sini dapat membangunkan sistem tempahan sendiri bagi memudahkan pengunjung membuat tempahan selain memudahkan jumlah kehadiran pelancong diketahui," katanya.
Pada majlis itu, Mohd Sharkar juga menyampaikan Sijil Jurupandu Berkemahiran kepada lapan jurupandu yang menghadiri kursus Pemandu Alam Semulajadi Tahap II (Green Badge) serta pelancaran 'Tampik Junior Ranger' terdiri daripada kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 21 2020

Mohd Sharkar berkata, keputusan harus diteliti semula kerana pelancong dari luar kawasan PKPB seperti Johor, Kelantan dan Perak masih boleh berkunjung ke negeri ini. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pahang mohon teliti semula arahan tutup Taman Negara
Arahan itu dilihat menjejaskan sektor pelancongan yang baru hendak dirancakkan semula selepas berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan mulai 18 Mac lepas.