MERSING:Daerah Mersing yang terkenal dengan keindahan pulau dan pantai peranginan seringkali menjadi destinasi pilihan buat pelancong, terutama mereka yang gemar melakukan aktiviti seperti selam skuba dan selam snorkel.
Namun, selain menikmati pemandangan lautan biru yang mempesonakan, terdapat satu lagi tarikan terbaharu di Mersing, iaitu lukisan mural di Laman Samudera terletak berhampiran jeti penumpang Mersing yang hanya mengambil masa tiga minit berjalan kaki.
Pelbagai corak lukisan mural yang menarik dan kreatif menghiasi Laman Samudera di Jalan Abu Bakar di sini, yang pastinya mengujakan tatkala pelancong menyusuri lorong dan bangunan-bangunan lama sekitar bandar kecil ini.
Yang pasti, lorong mural yang bertemakan lautan, hutan dan Taman Negara ini semakin dikenali dan menjadi tempat 'wajib' untuk pelawat ke Mersing merakam gambar kenangan, khususnya mereka yang gemar berfotografi.
Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing Norazmi Amir Hamzah berkata lokasi tumpuan pejalan kaki yang dikenali sebagai Laman Samudera itu telah dibaik pulih dan dinaik taraf setelah melihat ia berpotensi menjadi salah satu tarikan terbaharu pelancongan di daerah ini.
"Lukisan tersebut merupakan hasil kreativiti sembilan anak tempatan dengan konsep hutan dan Taman Negara sedang disiapkan. Seterusnya, kita merancang untuk buat konsep sejarah berkaitan Mersing bagi mengangkat potensi karya tempatan," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.
Katanya, pihak berkuasa tempatan juga merancang untuk menjadikan lorong tersebut sebagai tempat beriadah pilihan penduduk sekali gus dapat membantu masyarakat menjana pendapatan serta menyumbang kepada peningkatan ekonomi setempat.
"Inisiatif yang dilaksanakan ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelancong untuk bergambar dan berkongsi di laman sosial mereka seperti Instagram dan Facebook sekali gus mempromosi (secara percuma) destinasi menarik untuk dilawati di Mersing," katanya.
Sementara itu, seorang penduduk tempatan Suria Kerel, 31, ketika ditemui berkata Laman Samudera merupakan antara lokasi wajib dilawati dan merakam gambar kenangan.
"Saya memang 'gila' bergambar tambahan pula, latar belakang lukisan mural ini sangat menarik. Saya berharap projek seumpama ini diperluas di lokasi lain yang dirasakan bersesuaian supaya dapatlah 'kaki bergambar' seperti saya ni merakam banyak gambar," kata ibu dua anak itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 11 2020
Lukisan mural di Laman Samudera ini mampu menarik lebih ramai pelancong untuk mengabdikan kenangan dan berkongsi di laman sosial mereka seperti Instagram dan Facebook. --fotoBERNAMA
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
ASEAN: Kenal pasti kepelbagaian risiko, tambah baik dasar ekonomi
Polisi ekonomi ASEAN perlu diperbaiki dengan fokus diberikan terhadap peningkatan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Pelancong Islam: 4.82 juta pelancong, pendapatan lebih RM15 bilion tahun lalu
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan merupakan lima negara yang menyumbang kepada ketibaan pelancong Islam tertinggi ke Malaysia.
Lukisan Michael Jackson bakal dilelong di Los Angeles
Sejumlah 78 hasil karya Michael Jackson akan dilelong dengan setiap satu ditandatangi oleh beliau sendiri.
Ekspresi lestari warisan melalui lukisan
Inspirasi untuk menghasilkan sesuatu lukisan adalah berdasarkan pengalamannya ketika mengunjungi sesuatu tempat.
Hasil karya Cikgu Saiful terjemah teknik lukisan OKU
Cikgu Saiful cuba menyelami nasib golongan OKU, seterusnya diterjemahkan ke dalam teknik lukisannya.
Terjemah penggunaan telefon pintar masa kini menerusi lukisan hieroglif
Keunikan karya itu membuatkan Salyuddin Yusof terpilih sebagai antara lima penerima Anugerah Insentif pada pameran kali ini.
Galeri seni maya Khazanah satu pendemokrasian seni - Sultan Nazrin
Baginda juga menyifatkan inisiatif galeri seni maya melalui Galeri Khazanah sebagai 'pendemokrasian seni', yang membolehkan karya seni diakses secara lebih berkesan
Ekspresi pelajar mengenai rasuah melalui lukisan
Sampaikan mesej bahawa setiap lukisan adalah ekspresi kebencian pelajar terhadap sebarang bentuk perbuatan rasuah.
Lelaki berpakaian wanita 'serang' potret Mona Lisa dengan kek
Individu itu dipercayai berjaya mendekati lukisan itu dalam jarak yang dekat kerana lakonannya sebagai wanita kurang upaya.
Bosan hari pertama bekerja, pengawal lukis 'mata' pada karya seni RM4.2 juta
Dua biji mata dilukis menggunakan pen mata bulat pada hasil seni Anna Leporskaya yang diberi tajuk 'Three Figures' (1932-1934).
Derita dikisahkan dalam karya.. Potret Frida Kahlo kini hasil seni termahal Amerika Latin
Karya itu seolah-olah membayangkan masalah yang membelenggu rumah tangganya dengan pelukis Mexico, Diego Rivera.
Semangat muda Segaris Art Center
Galeri yang ditubuhkan di bawah UiTM Art & Design Sdn Bhd, anak syarikat UiTM Holdings Sdn Bhd dinamakan sebagai Segaris Art Center.