SEBUAH lukisan bernilai £740,000 (kira-kira RM4.2 juta) rosak selepas seorang pengawal keselamatan melukis 'mata' pada wajah hasil seni itu.
Kejadian berlaku di Balai Seni Lukis Rusia oleh seorang pengawal keselamatan yang baharu mula bekerja di premis berkenaan, memetik laporan Daily Mail.
Dua biji mata dilukis menggunakan pen mata bulat pada hasil seni Anna Leporskaya yang diberi tajuk 'Three Figures' (1932-1934).
Ia sebahagian daripada hasil karya yang dipamerkan di Pusat Yeltsin.
Identiti pengawal keselamatan tersebut tidak didedahkan namun dia dipercayai berusia 60 tahun dan berkhidmat untuk sebuah syarikat keselamatan swasta, kata Pusat Yeltsin dalam satu kenyataan.
Menurut laporan Art Newspaper, 'tambahan' pada lukisan tersebut disedari dua pengunjung pada 7 Disember lepas.
Difahamkan pengawal keselamatan itu berasa bosan pada hari pertama bekerja lalu bertindak melukis 'mata' pada hasil karya yang dipinjam oleh Balai Seni Lukis Tretyakov di Moscow.
Susulan kejadian, pengawal keselamatan tersebut dilaporkan telah dipecat.
Pihak polis telah membuka kertas siasatan untuk perbuatan vandalisme tersebut dan jika sabit kesalahan, suspek berdepan denda sebanyak £395 (RM2,240) serta penjara selama setahun.
Lukisan tersebut berjaya dipulihkan, namun kos pemulihan dianggar berjumlah £2,470 (RM14,000) yang ditanggung syarikat keselamatan terlibat.
Leporskaya merupakan seorang pelukis yang merupakan pelajar artis tersohor Rusia, Kazimir Malevich.
Beliau dilahirkan pada tahun 1900 dan meninggal dunia pada tahun 1982.
Astro Awani
Fri Feb 11 2022

'Mata' yang dilukis pada karya Anna Leporskaya berjudul "Three Figures". - Foto AP

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Lukisan Michael Jackson bakal dilelong di Los Angeles
Sejumlah 78 hasil karya Michael Jackson akan dilelong dengan setiap satu ditandatangi oleh beliau sendiri.

Ekspresi lestari warisan melalui lukisan
Inspirasi untuk menghasilkan sesuatu lukisan adalah berdasarkan pengalamannya ketika mengunjungi sesuatu tempat.

Hasil karya Cikgu Saiful terjemah teknik lukisan OKU
Cikgu Saiful cuba menyelami nasib golongan OKU, seterusnya diterjemahkan ke dalam teknik lukisannya.

Terjemah penggunaan telefon pintar masa kini menerusi lukisan hieroglif
Keunikan karya itu membuatkan Salyuddin Yusof terpilih sebagai antara lima penerima Anugerah Insentif pada pameran kali ini.

Galeri seni maya Khazanah satu pendemokrasian seni - Sultan Nazrin
Baginda juga menyifatkan inisiatif galeri seni maya melalui Galeri Khazanah sebagai 'pendemokrasian seni', yang membolehkan karya seni diakses secara lebih berkesan

Ekspresi pelajar mengenai rasuah melalui lukisan
Sampaikan mesej bahawa setiap lukisan adalah ekspresi kebencian pelajar terhadap sebarang bentuk perbuatan rasuah.

Lelaki berpakaian wanita 'serang' potret Mona Lisa dengan kek
Individu itu dipercayai berjaya mendekati lukisan itu dalam jarak yang dekat kerana lakonannya sebagai wanita kurang upaya.

Bosan hari pertama bekerja, pengawal lukis 'mata' pada karya seni RM4.2 juta
Dua biji mata dilukis menggunakan pen mata bulat pada hasil seni Anna Leporskaya yang diberi tajuk 'Three Figures' (1932-1934).

Derita dikisahkan dalam karya.. Potret Frida Kahlo kini hasil seni termahal Amerika Latin
Karya itu seolah-olah membayangkan masalah yang membelenggu rumah tangganya dengan pelukis Mexico, Diego Rivera.

Semangat muda Segaris Art Center
Galeri yang ditubuhkan di bawah UiTM Art & Design Sdn Bhd, anak syarikat UiTM Holdings Sdn Bhd dinamakan sebagai Segaris Art Center.