TAIPING: Tindakan pembiakan, pemuliharaan dan pembelajaran mengenai Harimau Belang Malaya diperlukan bagi mengelakkan kepupusan populasi berkenaan di negara ini.
Pengarah Zoo Taiping dan Night Safari (ZTNS) Dr Kelvin Lazarus berkata masalah penurunan populasi Harimau Belang Malaya akan berlaku dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang sekali gus Malaysia akan kehilangan spesies ini buat selama-lamanya sekiranya tiada tindakan dilakukan.
"Kita ada program bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan zoo-zoo yang ada Harimau Belang Malaya ini untuk program pembiakan bagi meningkatkan bilangan spesies ini di dalam kurungan.
"Dalam proses itu kita akan cari pasangan yang sesuai dan jika harimau perlu dipindahkan, ia dipindahkan serta baka lain pula akan ditukarkan ke sini," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan bersama media bagi sambutan ulang tahun kelahiran yang pertama anak-anak Harimau Belang Malaya di ZTNS di sini.
Mengulas lanjut, Kelvin berkata Jabatan Perhilitan turut melakukan program konservasi harimau di alam semula jadi akibat banyak ancaman di hutan seperti pemburuan haram, kehilangan habitat, kehilangan makanan dan sebagainya.
"Program pembiakan dan kerjasama dengan semua zoo di Malaysia yang ada Harimau Belang Malaya dilakukan secara berterusan bagi pembiakan harimau untuk jangka masa panjang.
"Kini dianggarkan kurang daripada 200 ekor Harimau Belang Malaya yang hidup liar dan berada pada tahap membimbangkan melalui hasil kajian Survei Harimau Kebangsaan 2016-2020," katanya.
Dilapor, pada 12 April tahun lepas, tiga ekor anak Harimau Belang Malaya dilahirkan di ZTNS yang diberi nama Puntum (jantan), Teja dan Bayu (betina) menjadikan kejayaan pembiakan keempat di zoo tersebut.
Ibunya juga merupakan satu daripada kejayaan pembiakan di ZTNS kerana turut dilahirkan di sini pada 2009.
Harimau spesies ini diklasifikasikan sebagai haiwan yang diancam kepupusan oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) pada 2015 serta dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 12 2021

Tindakan pembiakan, pemuliharaan dan pembelajaran mengenai Harimau Belang Malaya diperlukan bagi mengelakkan kepupusan. - Bernama
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Negara berdepan kepupusan Harimau Belang Malaya jika tidak dipelihara
Tindakan pembiakan, pemuliharaan dan pembelajaran mengenai Harimau Belang Malaya diperlukan bagi mengelakkan kepupusan populasi berkenaan di negara ini.