KUCHING: Kementerian Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak sedang berbincang dengan sebuah syarikat dari Singapura mengenai minat mereka untuk melabur dalam sektor pertanian di negeri itu.
Tanpa mendedahkan butiran mengenai syarikat itu, menteri Datuk Seri Stephen Rundi Utom berkata penglibatan syarikat itu akan memudahkan kementerian itu dalam misinya untuk membawa sektor pertanian negeri ke dalam perniagaan tani.
"Petani kita akan dapat belajar daripada mereka; menerusi pengaturan ini, kami boleh menjamin bahawa produk mereka (petani Sarawak) akan sesuai (dijual) di Singapura dan bahagian lain di dunia," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan acara pra-Gawai, Mantar Aco Lepa Birami Gawai oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini pada Khamis, beliau berkata penglibatan sektor swasta adalah penting bagi membolehkan Sarawak menjadi pengeksport bersih produk makanan menjelang 2030.
Rundi berkata pada masa ini, tahap sara diri makanan Sarawak berada pada kira-kira 38 peratus, sambil menambah bahawa kementerian akan terus mencari cara untuk meningkatkan peratusan itu sehingga 60 peratus menjelang 2030, termasuk memodenkan aktiviti pertanian.
"Objektif utama adalah supaya negeri ini mencapai tahap sara diri makanan dan pengeksport bersih.
"Ini semua mengenai teknologi baharu, pertanian moden, pertanian pintar IoT (internet pelbagai benda), kami memerlukan semua cara moden baharu ini untuk melakukan sesuatu," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022

Stephen Rundi Utom mencuba bakat terpendam memasak kuih tradisional kaum Dayak Chap/Loyang/penganan. -Gambar fail/Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.

Sarawak perlu lebih 800,000 pekerja untuk ladang kepala sawit
Sarawak memerlukan lebih 800,000 pekerja di ladang kelapa sawit di seluruh negeri, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah negeri Datuk Seri Stephen Rundi Utom.

Penamatan subsidi ayam: Jangan buat pembelian panik - Menteri Sarawak
Pengguna di Sarawak dinasihatkan agar tidak membuat pembelian panik susulan pengumuman penamatan subsidi dan kawalan harga ayam yang

Ubah mentaliti harapkan subsidi - Stephen Rundi
Bantuan atau insentif adalah lebih sesuai diberikan kepada mereka yang baru memasuki dan memulakan kerjaya dalam bidang pertanian.

Syarikat Singapura bakal melabur dalam pertanian Sarawak
Stephen Rundi Utom berkata penglibatan syarikat itu akan memudahkan kementerian itu dalam misinya untuk membawa sektor pertanian negeri ke dalam perniagaan tani.

Kestabilan negara agenda utama GPS - Stephen Rundi
Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyokong pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang dilihat mampu menstabilkan negara.

Kerajaan Sarawak bantu selesai isu projek RES terbengkalai
Kementerian Utiliti Sarawak membantu memulihkan kesemua 23 projek Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar Sarawak (RES), kebanyakannya terletak di kawasan utara negeri ini.

BN Sarawak sudah ada bakal calon di Tanjong Datu - Rundi
Barisan Nasional (BN) Sarawak mempunyai beberapa calon yang dikenal pasti boleh bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu.

Kerajaan Sarawak percepat usaha sediakan bekalan air bersih kepada 114,000 isi rumah
Kerajaan Sarawak sedang mempercepatkan usaha menyediakan bekalan air terawat atau air bersih kepada baki 39 peratus penduduk yang meliputi kira-kira 114,000 isi rumah di negeri ini yang belum menikmat