KUCHING: Pengguna di Sarawak dinasihatkan agar tidak membuat pembelian panik susulan pengumuman penamatan subsidi dan kawalan harga ayam yang berkuat kuasa Rabu ini.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Stephen Rundi Utom berkata meskipun pengumuman itu mungkin menyebabkan harga runcit ayam meningkat di negeri itu, namun pihaknya akan terus memantau situasi harga jualan ayam yang diapungkan bagi melindungi kepentingan pengguna.
"Harga akan meningkat mengikut kos pengeluaran kerana kerajaan tidak lagi memberi subsidi untuk mengelakkan kerugian kepada penternak ayam dan ia akan ditentukan oleh penawaran serta permintaan.
"Jika harga terlalu tinggi kita boleh membuka pengimportan untuk menstabilkannya," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Menurutnya, pengumuman berkenaan bagaimanapun tidak memberi kesan kepada jumlah bekalan barangan basah itu memandangkan Sarawak masih mampu menampung keperluan pengguna bagi ayam segar.
Buat masa ini, harga runcit ayam di Sarawak adalah berbeza mengikut daerah, bermula RM9.80 hingga RM13.90 sekilogram.
Tinjauan Bernama mendapati ada peniaga menyuarakan kebimbangan sekiranya harga pasaran ayam segar naik mendadak berikutan pengumuman itu, sekali gus menjejas aktiviti jualan.
Peniaga gerai nasi ayam, Senah Idris, 53, berkata penjual sepertinya mungkin akan mengalami kerugian dan tidak mendapat pulangan modal yang sepatutnya.
"Kalau harga ayam terlampau naik, kami yang meniaga ni susah, modal serta keuntungan tak setimpal, nak naikkan harga makanan pula kena melihat keadaan ekonomi semasa.
"Kalau harga ayam masih seperti sedia kala cuma berbeza setakat RM2, sebagai peniaga kita boleh lagi kekalkan harga makanan. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat perubahan harga yang ditawarkan oleh peniaga serta pembekal ayam," katanya.
Sementara itu, Chai Ik Chung, 48, yang merupakan jurujual syarikat pembekal ayam segar tempatan berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang arahan terbaru mengenai harga pasaran.
Terdahulu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan pendekatan itu diambil untuk mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.
Bagaimanapun, kerajaan bersetuju untuk meneruskan subsidi telur gred A, B dan C mengikut mekanisme sedia ada.
--- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023
Pengumuman berkenaan bagaimanapun tidak memberi kesan kepada jumlah bekalan barangan basah itu memandangkan Sarawak masih mampu menampung keperluan pengguna bagi ayam segar. -Gambar fail/Bernama
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat Azerbaijan
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam tragedi nahas udara membabitkan penerbangan pesawat Embraer 190 J2-8243 berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Aktau, Kazakhstan pada 25 Disember
Perkara itu disahkan oleh Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Rabu.
Perkara itu disahkan oleh Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Rabu.
Tumpuan Khamis – 26 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Muzium FIFA di Switzerland pelihara legasi ikonik bola sepak
Peminat boleh melihat memorabilia daripada perlawanan akhir Piala Dunia lelaki pertama di Uruguay pada 1930 hingga yang terbaru di Qatar pada 2022.
Penamatan subsidi ayam: Jangan buat pembelian panik - Menteri Sarawak
Pengguna di Sarawak dinasihatkan agar tidak membuat pembelian panik susulan pengumuman penamatan subsidi dan kawalan harga ayam yang
Ubah mentaliti harapkan subsidi - Stephen Rundi
Bantuan atau insentif adalah lebih sesuai diberikan kepada mereka yang baru memasuki dan memulakan kerjaya dalam bidang pertanian.
Syarikat Singapura bakal melabur dalam pertanian Sarawak
Stephen Rundi Utom berkata penglibatan syarikat itu akan memudahkan kementerian itu dalam misinya untuk membawa sektor pertanian negeri ke dalam perniagaan tani.
Kestabilan negara agenda utama GPS - Stephen Rundi
Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyokong pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang dilihat mampu menstabilkan negara.
Kerajaan Sarawak bantu selesai isu projek RES terbengkalai
Kementerian Utiliti Sarawak membantu memulihkan kesemua 23 projek Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar Sarawak (RES), kebanyakannya terletak di kawasan utara negeri ini.
BN Sarawak sudah ada bakal calon di Tanjong Datu - Rundi
Barisan Nasional (BN) Sarawak mempunyai beberapa calon yang dikenal pasti boleh bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu.
Kerajaan Sarawak percepat usaha sediakan bekalan air bersih kepada 114,000 isi rumah
Kerajaan Sarawak sedang mempercepatkan usaha menyediakan bekalan air terawat atau air bersih kepada baki 39 peratus penduduk yang meliputi kira-kira 114,000 isi rumah di negeri ini yang belum menikmat