KUALA LUMPUR: Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd (SJKP), syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan sehingga kini telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM450 juta kepada 2,000 pembeli rumah pertama sejak ditubuhkan pada 2007.
Jumlah pembiayaan tersebut merupakan kelulusan 100 peratus, kata SJKP dalam satu kenyataan hari ini.
"Dengan kelulusan melebihi 100 peratus yang diberikan oleh SJKP, para pembeli rumah pertama tidak perlu lagi risau untuk menyediakan deposit pembelian sebanyak 10 peratus kepada pemaju perumahan," katanya.
SJKP berkata sejak 2007 juga pihaknya juga telah membantu seramai 17,566 golongan berpendapatan rendah memiliki rumah pertama mereka dengan nisbah kelulusan 50 peratus kepada golongan tidak berpendapatan tetap dan 50 peratus lagi kepada golongan berpendapatan tetap.
Menurutnya, syarikat itu akan terus mendokong aspirasi kerajaan dalam usaha membantu golongan berpendapatan tidak tetap dan berpendapatan tetap memiliki rumah pertama.
Kerajaan dalam pembentangan Bajet 2023 telah memperuntukkan sebanyak RM5 bilion kepada Skim Jaminan Kredit Perumahan yang terbuka kepada golongan berpendapatan tidak melebihiRM11,000 untuk membeli rumah pertama dengan jaminan pembiayaan sehingga RM500,000.
"Menjadi harapan SJKP melalui jaminan kerajaan ini, lebih banyak institusi kewangan turut memainkan peranan mereka untuk memberikan kemudahan pembiayaan kepada golongan sasaran yang ingin membeli rumah pertama mereka seterusnya dapat membantu menyediakan kemudahan asas kepada keluarga mereka," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2023

SJKP akan terus mendokong aspirasi kerajaan dalam usaha membantu golongan berpendapatan tidak tetap dan berpendapatan tetap memiliki rumah pertama. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Beli rumah apabila tawaran harga berbaloi dengan keadaan kewangan - Pakar
Keputusan yang bijak bagi pembeli rumah pertama adalah untuk membeli hartanah apabila tawaran harga yang diterima adalah munasabah dan berbaloi dengan keadaan kewangan.

20,000 pembeli rumah pertama bakal terima manfaat SJKP - Nga
Sebanyak 20,000 bakal pembeli rumah pertama menerima manfaat daripada Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Perkenal skim biaya, sewa rumah untuk tangani kos sara hidup tinggi - Pakar
Skim terbabit juga dapat membantu dari segi menawarkan kadar faedah rendah bagi tempoh masa tertentu.

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan lulus pembiayaan RM450 juta kepada 2,000 pembeli rumah pertama
Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd (SJKP)sehingga kini telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM450 juta kepada 2,000 pembeli rumah pertama.

Kesihatan mental, inisiatif bantu pembeli rumah pertama antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan mengenai kesihatan mental itu akan dibangkitkan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) kepada Menteri Kesihatan.

Pasaran hartanah Sabah dijangka pulih tahun depan - Kajian
Harga dan sewaan kediaman di Sabah diunjurkan menjejaki trend nasional dengan pembeli rumah pertama menjadi pemacu aktiviti tersebut.

Perumahan pinggir bandar platform Skim Pembeli Rumah Pertama
Perumahan di pinggir bandar perlu mempunyai tarikan kemudahan pengangkutan awam selain akses pantas infrastruktur harian untuk masyarakat.

Skim bantu pembeli rumah pertama bakal diumum dalam Bajet 2017
Ia bagi menangani masalah rakyat Malaysia khususnya golongan muda yang sukar mendapat pinjaman penuh daripada bank ekoran daripada gaji permulaan yang rendah.