KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran memperkenalkan skim pembiayaan atau gadai janji fleksibel bagi pembeli rumah pertama dalam Belanjawan 2024 yang dapat menangani kos sara hidup tinggi, kata firma penasihat kewangan FA Advisory Sdn Bhd.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Bryan Zeng berkata skim terbabit juga dapat membantu dari segi menawarkan kadar faedah rendah bagi tempoh masa tertentu.
"Mungkin untuk lima tahun pertama misalnya, kadar faaedah itu boleh dikurangkan kepada minimum satu peratus atau sebagainya. Ini dapat membantu dari segi memberi pulangan tunai untuk mereka yang membayar kemudahan gadai janji tersebut.
"Langkah ini juga dapat menjadi antara kaedah bantuan yang boleh disalurkan kepada rakyat," katanya pada sesi taklimat media mengenai harapan Belanjawan 2024 oleh Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia di sini, semalam.
Zeng turut mencadangkan agar pihak bank memperuntukkan jumlah kewangan yang berpatutan khusus bagi pembeli rumah pertama selain memperkenalkan skim sewaan bagi mengurangkan bebanan komitmen rakyat.
Atas alasan itu, beliau berkata kajian kebolehlaksanaan boleh dijalankan untuk mengenal pasti kadar sewa berpatutan bagi golongan kumpulan isi rumah 40 peratus berpendapatan terendah (B40) dan 40 peratus berpendapatan pertengahan (M40) yang dibandingkan dengan kadar pasaran.
Menurutnya, kerajaan juga boleh mempertimbangkan untuk memulakan skim "jaminan sewa" dalam kalangan pemaju untuk menyewakan unit kosong dengan membayar jumlah perbezaan sewa minimum serta angka yang mampu dibayar penyewa selain memberi jaminan pinjaman kepada pemaju atau pemilik unit kosong baharu.
"Ini membabitkan usaha kerajaan memberi jaminan ke atas pinjaman pemaju perumahan mampu milik pada margin rendah dan seterusnya membolehkan pelaksanaan pembinaan (unit mampu milik ini)," katanya.
Beliau turut membangkitkan isu ketakpadanan harga dan kemampuan yang meruncing, termasuk menyumbang kepada lambakan kediaman dalam industri dengan projek pembinaan baharu mengatasi keperluan serta permintaan di lokasi tertentu.
"Kita tidak boleh hanya melihat kepada aspek harga semata-mata tetapi turut membuat pertimbangan secara menyeluruh.
"Apakah prospek lokasi ini (dari segi tempat tinggal)? Adakah perancangan pengangkutan awamnya teratur dan mempunyai akses ke kawasan ekonomi serta lokasi itu menarik untuk didiami? Inilah antara perkara yang perlukan penyelidikan, perancangan serta pelaksanaan (secara terperinci)," katanya.
Sementara itu, firma penasihat kewangan UNO Advisers Sdn Bhd pula menjangkakan kerajaan akan bertindak mengurangkan cukai dalam Belanjawan 2024 yang bakal dibentangkan pada 13 Oktober ini, bagi membantu rakyat menangani inflasi.
Ketua Pegawai Eksekutif Ian Wong berkata kerajaan berkemungkinan mengurangkan cukai bagi mereka dalam kumpulan berpendapatan RM50,000 hingga RM100,000.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023

Kerajaan dicadang mempertimbangkan untuk memulakan skim 'jaminan sewa' dalam kalangan pemaju untuk menyewakan unit kosong dengan membayar jumlah perbezaan sewa minimum serta angka yang mampu dibayar penyewa. - Gambar hiasan/BERNAMA

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.

Kampung Angkat MADANI jadi solusi terbaik isu infra rakyat
Menerusi inisiaitf kerajaan pusat itu, beberapa permasalahan penduduk setempat dapat diatasi.

Bantuan Awal Persekolahan jadi sinar kehidupan pelajar B40
Ibu kepada empat orang anak menarik nafas lega apabila kesemua anaknya yang masih bersekolah mendapat Bantuan Awal Persekolahan (BAP) menerusi inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2024.

Sejati Madani: Projek ikan keli sangkar berjaya ubah status pendapatan Mukim Dusun
Melalui program berkenaan, penduduk bukan sahaja meraih pendapatan tambahan, malah turut menimba ilmu kemahiran menternak ikan keli.

UTM terima 97 pelajar perintis Fakulti Kecerdasan Buatan
UTM hari ini menerima 97 pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian di Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) bagi pengajian Sarjana Muda Sepenuh Masa, sesi akademik 2024/2025.

SC gesa PLC kembali adakan mesyuarat pemegang saham secara fizikal atau hibrid
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang meneliti semula amalan oleh syarikat tersenarai awam (PLC) Malaysia dalam menguruskan mesyuarat agung tahunan (AGM).

Belanjawan 2025: KPKT kemuka 33 cadangan berimpak tinggi
Antara lain, KPKT menyasarkan untuk membangunkan 100 Taman Rekreasi MADANI yang dilengkapi alat sukan dan trek joging di kawasan perumahan.

Ahmad Zahid persoal dakwaan Islam terancam
Ahmad Zahid berkata pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dan dakwaan berterusan bahawa Islam terancam atau dipinggirkan di bawah Kerajaan Perpaduan tidak berasas.

Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.

TEKUN salur RM9.44 bilion kepada usahawan sejak 1998
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional telah menyalurkan pembiayaan perniagaan berjumlah RM9.44 billion kepada 581,697 usahawan sejak penubuhannya pada 1998 hingga Mei lepas.