KUALA TERENGGANU: Pemberian suntikan vaksin COVID-19 di masjid serta menjadikan institusi itu sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) berupaya menepis dakyah negatif yang mengaitkan vaksin sebagai agenda musuh Islam.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata dengan adanya program 'outreach' di PPV masjid ia dapat memberi keyakinan dan kefahaman lebih mendalam mengenai kepentingan vaksin dalam kalangan komuniti Islam.
"Seperti kita tahu masjid sangat dekat di hati orang Islam dan sebelum ini kita berhadapan dengan masalah berhubung dakyah negatif terhadap vaksin ini antara lain dikatakan sebagai agenda musuh Islam dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas meninjau perjalanan Program Outreach PPV masjid di PPV Masjid At-Taqwa Durian Burung, di sini semalam.
Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Dr Nor Azimi Yunus dan Pengerusi Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) Dr Zuraizi Jaafar.
Dalam pada itu, Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata kementeriannya bersama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menyasarkan PPV masjid di seluruh negeri berupaya mencapai 16,000 suntikan vaksin setiap sebulan.
"Kita sasarkan satu daerah akan ada satu masjid dijadikan sebagai PPV. Katakan setiap satu masjid di seluruh lapan daerah di Terengganu boleh suntik 500 orang setiap minggu, jadi dalam sebulan sebanyak 16,000 suntikan boleh dicapai," katanya.
Ahmad Amzad berkata PPV masjid akan diperluas ke seluruh negara terutama di kawasan pedalaman yang mempunyai ramai penduduk Melayu selain akan mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) lebih jelas bagi melancarkan program 'outreach' vaksinasi di masjid.
"Ini antara lain kerana kita tidak mahu ada misalnya tohmahan yang mendakwa hendak pergi solat di masjid tidak boleh, tetapi berkumpul (di masjid) untuk suntikan vaksin boleh pula," katanya.
Menurut Ahmad Amzad, Masjid At-Taqwa Durian Burung adalah PPV masjid pertama di Terengganu dan di negara ini yang dikendalikan sepenuhnya oleh badan bukan kerajaan (NGO), iaitu Papisma dengan dibantu oleh JKNT.
PPV Masjid At-Taqwa Durian Burung berkenaan dikendalikan sepenuhunya oleh 60 sukarelawan terdiri daripada 30 doktor termasuk 10 doktor pakar dan untuk semalam sahaja seramai 120 penduduk setempat menerima suntikan dos pertama vaksin Sinovac.
Sementara itu, Dr Nor Azimi mengingatkan rakyat negeri itu agar tidak leka menjaga SOP meskipun jumlah kes baharu jangkitan COVID-19 di negeri ini turun kepada dua angka sejak minggu lepas.
Katanya, walaupun situasi COVID-19 ketika ini dalam keadaan terkawal namun penduduk masih perlu mengamalkan SOP dengan sebaiknya supaya negeri itu betul-betul bebas dari penularan jangkitan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 19 2021

Ahmad Amzad (dua, kanan) bertanyakan sesuatu ketika melawat PPV Masjid At-Taqwa Durian Burung, Kuala Terengganu, 19 Jun, 2021. Turut hadir, Dr Nor Azimi (kanan). --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40
Dua NGO EcoDistrict Association (EDA) dan Persatuan Komuniti Kebajikan Pandan (PEKA) dipilih sebagai pelaksana program PEKB tahun ini.

INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40
Institut Keusahawanan Negara menyasarkan untuk melatih 25,000 usahawan menerusi program latihan dan bimbingan bersama agensi serta jabatan termasuk NGO tahun ini.

NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.

Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.

Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program BeST - Dr Zaliha
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO atau persatuan yang berminat menganjurkan aktiviti pembersihan dan keceriaan di Wilayah Persekutuan.

Kaji akses polis kepada data telefon bimbit dalam undang-undang sedia ada - Lee
Beberapa undang-undang, disaran supaya disemak semula bagi menyediakan garis panduan yang jelas dan khusus terhadap akses polis kepada data telefon bimbit.

Belia bekas banduan antara fokus program golf amal anjuran SAY
Kejohanan Golf Amal yang dianjurkan Selangor Youth Community (SAY) dengan kerjasama Titijaya Land Berhad dan Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) di Tropicana Golf & Country Resort.

Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA
Nancy berkata, pelarasan perlu dibuat bagi memastikan agihan bantuan lebih tersusun dan menyeluruh.

Penuntut IPTA direman dua hari bantu siasatan kes penipuan
Suspek yang berusia 23 tahun tiba ke pekarangan mahkamah tersebut dengan dibawa menggunakan kereta polis kira-kira pukul 8.28 pagi.

Pihak ditipu pelajar universiti diminta buat laporan polis
"Kalau ada yang mahu buat laporan polis terhadapnya, dia akan membayar kembali wang yang diterima dan dia turut ugut untuk bunuh diri."