JOHOR BAHRU: Pengukuhan ekonomi keluarga oleh golongan wanita bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara malah membantu keutuhan institusi keluarga, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Beliau berkata kebelakangan ini, sebahagian besar masalah dan kegagalan rumah tangga disebabkan faktor ekonomi, iaitu dihimpit kesusahan kesan daripada pandemik COVID-19.
Justeru, katanya wanita memainkan peranan penting bukan sekadar menjadi suri rumah, bahkan dalam sektor ekonomi mereka juga dapat membantu suami dan keluarga.
"Kalau kita lihat, banyak kes (misalnya) keganasan rumah tangga, penceraian, yang bila kita semak dan selidik kebanyakan isu ini berpunca daripada masalah ekonomi.
"Dalam keadaan pandemik ini, ramai yang berhenti atau dibuang kerja, namun kehidupan harus diteruskan, makan anak perlu dijaga, sewa rumah perlu dibayar dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, beliau berkata inisiatif Wanita Bangkit@KPWKM adalah sebahagian daripada usaha membantu wanita menjana pendapatan bagi mengukuhkan sistem sokongan ekonomi, dengan cara menghubungkan golongan itu pada peluang pekerjaan yang ada atau mendedahkan mereka dengan peluang perniagaan dan keusahawanan.
Setakat ini, 5,135 wanita berjaya dibantu dengan 4,541 orang telah menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan, manakala 594 wanita ditawarkan pekerjaan dalam sektor formal.
Sementara itu, program Keusahawanan Wanita Bangkit @KPWKM pula telah berjaya mengumpulkan 14,085 usahawan wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 18 2022

Rina berkata, wanita memainkan peranan penting bukan sekadar menjadi suri rumah, bahkan dalam sektor ekonomi mereka juga dapat membantu suami dan keluarga. - Gambar fail BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Isu pusat jagaan antara fokus jawatankuasa khas kabinet lindungi golongan rentan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) komited untuk menjalin kerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan PBT.

Sumbangan wanita kepada ekonomi kukuhkan institusi keluarga
Beliau berkata kebelakangan ini, sebahagian besar masalah dan kegagalan rumah tangga disebabkan faktor ekonomi.

Skuad Waja daftar 123,721 sukarelawan - Rina Harun
Seramai 123,721 sukarelawan Skuad Waja telah didaftarkan di seluruh Malaysia setakat 3 Feb lepas sejak ia dilancarkan pada 2021.

16 calon wanita untuk bertanding PRN Johor - Wanita PN
Wanita Perikatan Nasional (PN) mengemukakan sebanyak 16 nama untuk disenaraikan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini.

KPWKM jangka penerima bantuan JKM tahun ini cecah 550,000 orang
Penerima bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun ini dijangka mencecah 550,000 orang.

5,731 PPS dikenal pasti mampu tampung 1.63 juta mangsa bencana banjir
Penyediaan PPS itu bagi mendepani monsun timur laut yang bermula Oktober lepas dan dijangka berakhir Mac 2022.

Projek Rintis Bayaran Bantuan Tanpa Tunai jana transaksi lebih RM300,000
Projek melibatkan penerima bantuan JKM di beberapa daerah di Perlis, Kedah dan Melaka, dengan penyertaan 246 premis.

Modul Skuad Waja akan ditambah baik
Modul yang digunakan sekarang bagi melatih sukarelawan adalah untuk menerapkan pengetahuan berkaitan kemahiran peringkat asas.

PRN Melaka: Enam calon wanita bukti keprihatinan kepimpinan PN - Rina
Beliau yakin calon yang dipilih berwibawa dan mampu memberi kemenangan kepada PN.

Bajet 2022 mampu perkasa golongan wanita - Rina
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyifatkan Bajet 2022 mampu memperkasa golongan wanita dan institusi kekeluargaan ketika pasca pandemik serta banyak memberi manfaat kepada pel