PUTRAJAYA: Modul Skuad Waja akan ditambah baik tahun hadapan dengan memasukkan kemahiran menolong peringkat pertengahan dan lanjutan bagi Empati, Atensi, Respons, Sokongan (E.A.R.S), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Beliau berkata modul Skuad Waja yang digunakan sekarang bagi melatih sukarelawan adalah untuk menerapkan pengetahuan berkaitan kemahiran peringkat asas menolong iaitu E.A.R.S dan ilmu Psychological First Aid (PFA).
Ia adalah modul baharu yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita dengan kerjasama Institut Sosial Malaysia (ISM) pada akhir tahun lepas dan mula digunakan pada Januari 2021 untuk melatih sukarelawan, katanya.
"Modul ini juga telah dibukukan dan didaftarkan dengan Perpustakaan Negara dengan nombor pendaftaran e ISBN 978-983-44158-5-3 pada tahun 2021 (cetakan pertama)," katanya.
Skuad Waja ditubuh pada 8 Mac lepas sempena sambutan Hari Wanita bagi memperkasa komuniti melalui psikososial dan aktiviti bimbingan dalam meningkatkan kesedaran mengenai isu jenayah.
Rina berkata demikian dalam satu kenyataan semalam sebagai maklum balas kepada Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh yang pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu (16 Nov) mendakwa Skuad Waja merupakan program yang telah lama diwujudkan dan bukannya produk baharu di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Rina berkata sehingga 11 Nov (2021), seramai 100,002 ahli Skuad Waja telah berjaya dilatih melibatkan 93,145 wanita dan 6,857 lelaki yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti penjawat awam, wakil badan bukan kerajaan (NGO), ketua komuniti, sektor swasta dan mahasiswa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 17 2021
Rina ketika melancarkan Skuad Waja (Wanita Anti Jenayah) pada 17 Okt 2021 lalu. - Gambar fail BERNAMA
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selangor catat kes keganasan rumah tangga tertinggi
Selangor mencatatkan kes keganasan rumah tangga tertinggi, iaitu 4,690 kes berbanding negeri lain di seluruh negara bagi tempoh 2020 hingga Ogos 2023.
Kerajaan cadang perluas kemudahan Bekerja Dari Rumah dengan gaji penuh - Perdana Menteri
Inisiatif tersebut jelas Muhyiddin lagi bagi menggalakkan shared responsibility dan membolehkan wanita kekal dalam sektor pekerjaan serta meningkatkan produktiviti kerja.