KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan mengurniakan darjah dan bintang kebesaran kepada 87 orang penerima pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Sempena Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-76 di Istana Alam Shah di sini, hari ini.
Berangkat sama ke istiadat itu, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Ahli Dewan Diraja Selangor Tengku Datuk Setia Ramli Alhaj Tengku Shahruddin Shah Alhaj juga merupakan Ahli Perbadanan Wakaf Selangor dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Raja Tun Uda mendahului senarai penerima dengan dikurniakan Darjah Kerabat Kedua (D.K II).
Selain itu, Sultan Sharafuddin juga mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran 'Datuk Seri' kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Darjah Kebesaran - Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) yang membawa gelaran 'Datuk' dan 'Datin Paduka' dikurniakan kepada antaranya Duta Besar Malaysia ke Belgium Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani; Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mohd Tarid Sufian dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada Anizan @ Siti Hajjar Adnin.
Turut menerima Darjah Kebesaran D.P.M.S adalah Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Mohd Syafiq Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Markas Tentera Darat Mej Jen Anuar Mohamad Ali dan Panglima Wilayah Laut 1 (Kuantan) Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Muda Datuk Zulhelmy Ithnain.
Darjah Kebesaran Datuk - Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S) yang turut membawa gelaran 'Datuk' dan 'Datin Paduka' dikurniakan kepada sembilan individu antaranya Ketua Pengarah Pergigian Markas Tentera Darat Brig Jen Dr Mohd Rosli Majid, Pegawai Memerintah 94 HAT, Kem Terendak Brig Jen Dr Mohamed Hatta Manis dan Panglima Pasukan Khas Laut (Lumut), Markas Tentera Laut Laksamana Pertama Redzuan Talib.
Turut menerima Darjah Kebesaran D.S.I.S ialah Juruiring Tentera Kepada Sultan Selangor Kepten Ahmad Ramli Kardi, Pengarah Hospital Serdang Dr Rohana Johan, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Prof Madya Dr Mohd Farid Ravi Abdullah, Lembaga Pemegang Amanah, Lembaga Zakat Selangor Dr Abdul Rahman Abdullah, Pengarah Urusan Sunway Healthcare Group Lau Beng Long dan Pengarah Urusan Segi Value Holdings Sdn Bhd Chui Ah Hock.
Sultan Sharafuddin turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran- Setia Mahkota Selangor (S.M.S) kepada 19 penerima manakala seramai 14 individu terpilih untuk dianugerahkan Darjah Kebesaran Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S).
Sempena ulang tahun keputeraan itu juga, Sultan Selangor berkenan untuk mengurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S) kepada 15 penerima, Darjah Kebesaran Ahli - Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) kepada 14 orang dan Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C) kepada tujuh individu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 22 2022
Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Sempena Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-76 diadakan di Istana Alam Shah.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.
Tiada potensi penyelesaian diplomatik konflik Israel-Palestin
PM Anwar Ibrahim akui usaha diplomatik gagal hentikan kekejaman Israel di Palestin dan Lubnan, menyalahkan sokongan kuat dari Amerika Syarikat sebagai punca.
Malaysia dan Pakistan perkukuh kerjasama menentang ekstremisme
PM Anwar Ibrahim menyeru Malaysia dan Pakistan untuk memperhebat usaha bersama dalam memerangi keganasan melalui kerjasama risikan, strategi, dan pembaharuan pendidikan serta sosial.
Malaysia-Pakistan sasar tingkatkan hubungan perdagangan
PM Anwar Ibrahim dan Shehbaz Sharif komited meningkatkan perdagangan antara Malaysia dan Pakistan, dengan fokus pada eksport, teknologi pertanian, farmaseutikal, dan kerjasama sektor pekerja mahir.
Anwar akui usaha diplomatik hentikan kedegilan, kekejaman Israel tidak berkesan
Keberanian Israel bertindak sesuka hati di Palestin dan Lubnan, mungkin disebabkan sokongan diterima daripada Amerika Syarikat, tegas Perdana Menteri.
[LAPOR LANGSUNG] Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh sementara 151 lagi cedera akibat serangan Israel di seluruh Lubnan pada Khamis.
Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Letupan besar kedengaran di Beirut dengan imej dari ibu negara Lubnan itu menunjukkan langit malam menyala di kawasan selatan bandar itu.
Pangkalan tentera utama Israel binasa, lebih 20 jet pejuang musnah
Imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0.
Israel tekad terus serang Hezbollah di Beirut - Ketua tentera
Tentera Israel "tekad untuk memusnahkan" infrastruktur Hezbollah berhampiran sempadan Lubnan dan akan terus melakukan kerosakan terhadap kumpulan itu.
Sultan Selangor perkenan fatwa berkaitan fahaman, ajaran, pegangan dan amalan GISB
Ini kerana, pemimpin, pengikut atau ahli GISB diyakini masih mengamalkan Aurad Muhammadiah, atau Zikir Agung, dibawa Kumpulan Darul Arqam.
Sultan Selangor berkenan terima menghadap Tunku Mahkota Ismail, bincang pelbagai isu
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail di Istana Selangor di Kuala Lumpur pada Selasa lepas.
Sultan Selangor, TMJ setuju perseteruan bola sepak kekal dalam padang
Sultan Sharafuddin dan Tunku Mahkota Ismail juga menekankan perlu wujudnya perasaan saling hormat-menghormati serta perpaduan di luar padang.
Keputusan J/kuasa Fatwa Negeri mengenai GISB disembah maklum kepada Sultan Selangor esok
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah akan disembah maklum berhubung keputusan yang telah dicapai mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengenai GISB, esok.
AGC belum putuskan representasi kedua Sanusi agar pertuduhan menghasut ditarik balik
Ini merupakan representasi kedua Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Kedah itu selepas yang pertama ditolak oleh AGC pada Mei lepas.
MB Kedah akan patuhi titah Sultan Selangor, jaga tutur kata
Menteri Besar Kedah itu juga berazam akan mematuhi titah nasihat Sultan Selangor untuk lebih berhati-hati serta menjaga tutur kata khususnya ketika berada di Selangor.
'Kenapa GISB buat begini kepada kanak-kanak, apa tujuan sebenar?' - Khutbah Jumaat JAIS
Jabatan itu menempelak tindakan GISB yang bukan saja gagal memelihara kanak-kanak, malah berlaku zalim dengan menyekat akses kepada pendidikan arus perdana dan mengeksploitasi kudrat mereka.
AGC masih pertimbang representasi MB Kedah, kes ditangguh 25 Oktober
Mahkamah menetapkan 25 Oktober untuk sebutan semula kes dan Sanusi diwajibkan menghadiri prosiding pada hari tersebut.
Sultan Selangor terima permohonan maaf Sanusi, titah jaga adab sebagai pemimpin
Sultan Selangor berkenan menerima permohonan ampun dan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas nama ukhwah sesama Islam serta bangsa Melayu.
Sultan Selangor disembah maklum permohonan maaf Sanusi
Sultan Sharafuddin Idris Shah telah disembah maklum dengan surat permohonan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.