Ringkasan AI
- Penelitian Representasi: Jabatan Peguam Negara (AGC) masih meneliti representasi kedua yang dikemukakan oleh Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk menggugurkan dua pertuduhan menghasut terhadapnya.
- Penetapan Tarikh Sebutan Baharu: Mahkamah menetapkan tarikh sebutan baharu pada 10 Disember 2024, sementara menunggu perkembangan terkini dalam kes tersebut.
- Permohonan Maaf dan Penerimaan: Muhammad Sanusi telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor, yang telah diterima oleh Baginda.
Justeru, Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Datuk Masri Mohd Daud, mencadangkan mahkamah menetapkan tarikh sebutan baharu iaitu pada 10 Disember depan bagi kes Menteri Besar Kedah berkenaan.
Peguam, Hasshahari Johari Mawi yang mewakili Muhammad Sanusi mengesahkan perkara itu dan bersetuju dengan cadangan tarikh sebutan yang dikemukakan pihak pendakwaan.
‘’Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini semasa pertemuan pihak peguam dengan pihak timbalan pendakwa raya yang hadir terdapat perkembangan terkini yang akan kita maklumkan kemudian.
‘’Jadi pada hari ini kita tidak menetapkan tarikh untuk perbicaraan lagi sebab adanya perkembangan terkini ini dan tarikh akan datang telah ditetapkan oleh mahkamah pada 10 Disember 2024.
‘’Ini adalah perkembangan terkini yang akan dimaklumkan kemudian,’’ katanya ketika ditemui wartawan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.
Terdahulu, Menteri Besar Kedah itu menghadapi dua pertuduhan menyebut perkataan menghasut menerusi satu kempen politik di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak, kira-kira jam 11 malam ,11 Julai, tahun lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Susulan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Kedah itu membuat permohonan ampun secara terbuka kepada Sultan Selangor berkaitan kenyataan beliau yang didakwa menghina Baginda.
Sultan Sharafuddin berkenan menerima permohonan maaf itu dan pada prosiding sebelum ini, peguam pemerhati Sultan Selangor, Datuk Seri Salehuddin Saidin mengesahkan kenyataan Sultan Selangor yang memaafkan Muhammad Sanusi.