ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan bahawa beliau memandu uji kenderaan di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, Pulau Pinang, semalam.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu itu.
"Tiada komen lanjut setakat ini, tunggu siasatan polis selesai," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama berhubung perkara itu hari ini.
BACA: Polis siasat dakwaan MB Kedah pandu uji kereta ketika PKP
Semalam, netizen kecoh susulan penularan beberapa gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kenderaan, sedangkan negara kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh dan pusat jualan serta pameran kenderaan antara sektor yang tidak dibenarkan beroperasi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad sebelum ini berkata polis akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu dan akan memanggil semua yang terlibat termasuk Muhammad Sanusi.
Katanya siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 06 2021

SANUSI: "Tiada komen lanjut setakat ini, tunggu siasatan polis selesai".
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Pegawai Khas MB Kedah nafi bergaduh dengan peniaga pasar malam
Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Salmy Anas Ahmad menafikan melakukan kekasaran terhadap wakil peniaga pasar malam seperti didakwa dalam video tular di media sosial pada Isnin.

AGC masih pertimbang representasi MB Kedah, kes ditangguh 25 Oktober
Mahkamah menetapkan 25 Oktober untuk sebutan semula kes dan Sanusi diwajibkan menghadiri prosiding pada hari tersebut.

Benar Sanusi di luar negara ketika ini, tetapi bukan sebab bercuti - Pejabat MB Kedah
MB Kedah sentiasa ikuti perkembangan masalah banjir di negeri itu dan pastikan beban bencana dihadapi mangsa ditangani dengan cepat dan berkesan.

Sah! Sanusi kahwin pegawai polis isteri kedua
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akhirnya mengesahkan bahawa beliau mengahwini seorang pegawai polis sebagai isteri kedua.

Sanusi kahwin lagi: Antara 'Dok Pahang' dengan 'Duduk Pahang'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kapsyen bertulis 'Dok Pahang' yang dimuat naik di akaun FB miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin.

Bekas Setiausaha Politik MB Kedah didakwa minta, terima suapan berkaitan REE
Bekas Setiausaha Politik Muhammad Sanusi didakwa atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan masing-masing berjumlah RM250,000 dan RM150,000.

Sanusi tiba di Istana Anak Bukit
Beliau dijadual mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-15 di hadapan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

PRN: "Nak undi siapa lagi, mestilah adik saya" - Shabudin Md Nor
Abang MB Kedah yakin Perikatan Nasional akan kekal mentadbir negeri Kedah pada PRN kali ini.

PRN: Polis terima empat laporan berkaitan isu keselamatan MB Kedah
Polis menerima sebanyak empat laporan berhubung isu keselamatan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi.

Sanusi mengaku tak salah tuduhan menghasut dalam ceramah politik
Beliau didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.