KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) yakin pendakwaan terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini tidak akan menyebabkan 'gelombang hijau' di enam negeri yang terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
Timbalan Presidennya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata ini kerana rakyat sedar tindakan mahkamah tersebut dibuat berlandaskan undang-undang negara dan bukan bermotifkan politik.
"Saya rasa anak-anak muda, orang (masyarakat) Melayu sebenarnya faham apa akhlak dan budi pekerti orang Melayu yang sepatutnya. Saya tidak rasa ia akan menjadi gelombang besar untuk rakyat menyokong tokoh politik seperti ini.
"Rakyat boleh menilai dan untuk itu berpeganglah pada prinsip, jangan melampau ataupun melampaui batas," katanya kepada pemberita pada program pelancaran Inisiatif Payung Rahmah bersama Air Asia Superapp di KL Sentral hari ini.
BACA: Sanusi mengaku tak salah tuduhan menghasut dalam ceramah politik
BACA: Sanusi mengaku tak salah terhadap satu lagi tuduhan menghasut
BACA: "Pendakwaan di mahkamah bertujuan jejaskan peluang saya dalam PRN" - Sanusi
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Awang Hashim hari ini yang mendakwa proses pendakwaan terhadap Muhammad Sanusi dilakukan kerana tarikh PRN sudah semakin hampir.
Pagi tadi, Muhammad Sanusi, 48, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, minggu lepas.
Muhammad Sanusi, yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional didakwa telah melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Kedah itu dituduh melakukan kedua-dua kesalahan berkenaan di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara - Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pada 11 malam, 11 Julai lepas.
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak dengan 12 Ogos sebagai hari pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2023

Salahuddin berkata ini kerana rakyat sedar tindakan mahkamah tersebut dibuat berlandaskan undang-undang negara dan bukan bermotifkan politik. - Gambar/ Shahir Omar
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Amirudin tidak tahu pembatalan tempahan dewan program Himpunan Anak Kedah
Amirudin berkata beliau tidak mengetahui atau terlibat dengan apa jua keputusan berkaitan pembatalan tempahan dewan untuk Majlis Himpunan Anak Kedah.

Penjawat awam di Kedah dapat bonus RM2,000
Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM2,000 kepada 5,600 kakitangan awam dan anggota pentadbiran di negeri itu.

PRN: Pendakwaan terhadap Sanusi tak akan sebabkan 'gelombang hijau' di enam negeri
Parti Amanah Negara (Amanah) yakin pendakwaan terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini tidak akan menyebabkan 'gelombang hijau' di enam negeri.

Pandu uji kereta: Sanusi serah kepada polis untuk siasat
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan beliau memandu uji kenderaan di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan.

Jumlah sebenar tuntutan konsesi balak bernilai RM1.5 bilion - Sanusi
Tuntutan itu melibatkan kira-kira 40 syarikat dengan jumlah 131 kelulusan konsesi dan kawasan seluas 22,098 hektar di Hutan Simpan Ulu Muda.

'Keputusan penangguhan pemilihan UMNO belum muktamad, boleh terbatal'
Keputusan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan selepas Perhimpunan Agung parti tahun depan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO dilihat boleh terbatal dengan suara majoriti perwakilan.

'Najib hadapi risiko jika pemilihan UMNO 2016 ditangguh' - Sanusi Junid
Najib disifatkan berdepan risiko besar seandainya desas-desus pemilihan parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 ditangguh sehingga selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.