JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah hari ini menzahirkan rasa dukacita atas kemangkatan Ratu Elizabeth II semalam.

Dalam catatan di Facebook, pasangan diraja itu turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga diraja dan rakyat Great Britain.

"Kami amat berdukacita mendengar berita kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Ratu Elizabeth II," titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.

Istana Buckingham pada Khamis mengumumkan Ratu Elizabeth II, Raja Britain paling lama menduduki takhta, mangkat pada usia 96 tahun.



-- BERNAMA