KUALA LUMPUR: Rakyat Britain di Malaysia menyertai berjuta-juta masyarakat di seluruh pelusuk dunia menyaksikan detik bersejarah upacara pertabalan Raja Charles III pada Sabtu.
Dalam satu keraian di kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay, rakyat Britain berkongsi kegembiraan meraikan pertabalan pertama Raja Britain dalam tempoh 70 tahun.
"Tiada seorang pun daripada kami mengenali mana-mana raja selain Ratu Elizabeth dan kini kami mempunyai Raja baharu, jadi menyanyikan 'God save the King' ia adalah perasaan yang baharu dan sangat mengujakan," kata Hay.
Beliau menegaskan bahawa istiadat pertabalan itu sangat bermakna apabila menggabungkan tradisi lama dan moden yang mencerminkan Raja Charles mengiktiraf kepelbagaian masyarakat Britain.
Beliau menambah semua anggota Komanwel menghantar wakil ketika pertabalan itu dan mencerminkan kepentingan Raja bersama Komanwel.
"Beliau adalah Ketua Komanwel, mengambil alih jawatan daripada mendiang Ratu Elizabeth dan saya fikir ia benar-benar sangat penting baginya.
"Baginda banyak menyentuh mengenai Komanwel, dan saya rasa kita akan lihat fokus sebenar kepada Komanwel di bawah pemerintahannya nanti," katanya.
"Menyaksikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke istiadat pertabalan Raja Charles di Westminster Abbey adalah sesuatu yang menggembirakan.
"Saya diberi peluang berada di Istana Buckingham pada Oktober lalu apabila Yang di-Pertuan Agong bertemu Raja Charles dan ia adalah kali pertama ketua negara asing bertemu baginda sejak pemakaman mendiang Ratu.
"Terdapat sejarah yang sangat panjang bukan sahaja antara Malaysia dan UK, tetapi antara kerabat diraja kita, jadi saya yakin itu akan berterusan pada masa hadapan," katanya.
Majlis tontonan istiadat pertabalan itu dihadiri 80 tetamu termasuk 20 ketua perwakilan diplomatik di Malaysia.
Stephen Frenkt, seorang warga Britain yang telah menetap di Malaysia selama lebih 20 tahun, memberitahu Bernama bahawa beliau amat berbangga menyaksikan Raja Charles ditabalkan hari ini, sambil berkata beliau sangat menantikan pemerintahannya.
"Saya fikir Raja Charles akan terus menjadi kuasa yang kuat merentasi Komanwel, memberikan kestabilan, hala tuju dalam menyatukan semua negara di seluruh Komanwel, dan menjadi simbol keamanan dan harapan untuk semua negara. Itu sudah tentu," katanya.
Ketua Persatuan St Andrews Selangor, Carol Wallace, berkata sebagai warga Britain yang menetap di Asia, beliau amat terharu melihat pelbagai bangsa dan budaya berkumpul dan meraikan istiadat pertabalan itu.
"Bagi saya ia sangat mengagumkan apabila anda melihat Charles sejak muda dan akhirnya menyaksikan Baginda ditabalkan sebagai Raja, ia adalah detik yang sangat menyentuh hati," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Komanwel Diraja Malaysia Tony Kassim berkata Malaysia dan United Kingdom telah menikmati hubungan dua hala yang lama dan rapat dan lembaran baharu kini bermula dengan pertabalan Raja Charles.
"Jadi kita menantikan kepimpinan baginda dalam bab baharu hubungan dua hala Malaysia-UK serta dalam Komanwel," katanya.
Raja Charles, 74, menduduki takhta pada 8 Sept 2022, selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II.
Baginda ditabalkan bersama Raja Permaisuri Camilla dalam istiadat pertabalan di Westminster Abbey, tapak pertabalan di Britain sejak 1066 - hampir satu milenium.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023

Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Charles Hay (duduk, kanan) bersama rakyat Britain di sini ketika mereka menyertai berjuta-juta orang di seluruh dunia menyaksikan upacara pertabalan bersejarah Raja Charles III, pada Sabtu. - Foto BERNAMA
Kabinet Arab Saudi sokong resolusi pembinaan semula Gaza
Agensi Berita Arab Saudi melaporkan bahawa dalam mesyuarat Kabinet di Riyadh pada Selasa, Kabinet menegaskan penolakan sidang kemuncak itu terhadap pemindahan paksa penduduk Palestin serta gesaannya untuk menamatkan krisis kemanusiaan akibat konflik yang berterusan.
Serangan dron Rusia membunuh seorang individu
Rakaman video yang dikeluarkan perkhidmatan kecemasan tempatan menunjukkan pasukan bomba sedang memadamkan api di kawasan perumahan.
AS bantah rancangan pembinaan semula Gaza oleh pemimpin Arab
Malah, White House mendakwa cadangan semasa pembinaan Gaza, tidak mengambil kira realiti bahawa wilayah tersebut kini tidak boleh didiami.

Wanita Jepun berusia 108 tahun diiktiraf tukang gunting rambut wanita tertua di dunia
Seorang wanita berusia 108 tahun dari timur Jepun secara rasmi diiktiraf pada Rabu oleh Guinness World Records sebagai tukang gunting rambut wanita tertua di dunia.
Queensland siap sedia hadapi taufan pertama dalam tempoh 51 tahun
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata kerajaan sedang menyediakan 250,000 beg pasir kepada kerajaan Queensland, selain 80,000 yang telah dihantar oleh tentera.
Colek sajian moreh di Masjid Raudah Sakinah
Penyediaan moreh bukannya suatu kemestian sebaliknya amalan itu bertujuan memupuk semangat maufakat selain membuat amal kebajikan sesama umat Islam.
Pelajar cemerlang B40 terima biasiswa perubatan
Seorang pelajar cemerlang kumpulan berpendapatan rendah terharu selepas menerima biasiswa penuh daripada Universiti Perdana.
PRK Ayer Kuning: PH berperanan sebagai pendukung, pastikan kemenangan BN
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan menyeluruh berhubung kematian individu terbabit masih dikendalikan oleh pihak berkuasa, ketika ini.
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
Saya hanya dedahkan perkara sebenar dalam 1MDB - Che Lodin
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin memberitahu Mahkamah Tinggi pada Rabu tujuan beliau memberi keterangan kerana mahu dedah perkara sebenar berlaku dalam syarikat pelaburan strategik negara itu.
Amzar tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim mengambil keputusan menghentikan pertikaian peribadi mereka di prosiding Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Terengganu.

Rakyat Britain di Malaysia raikan pertabalan bersejarah Raja Charles III
Majlis tontonan istiadat pertabalan itu dihadiri 80 tetamu termasuk 20 ketua perwakilan diplomatik di Malaysia.