LONDON: Raja Charles III atau nama sebenarnya Charles Philip Arthur George merupakan putera sulung kepada Ratu Elizabeth II dilahirkan pada 14 November 1948 di Buckingham Palace, London, England.
Charles merupakan putera sulung kepada pasangan diraja Puteri Elizabeth (1926-2022) dan Putera Phillip (1921-2021). Putera Charles juga merupakan cucu sulung kepada Raja dan Permaisuri Great Britain ketika itu, Raja George IV (1895-1952) dan Elizabeth Bowes-Lyon (1900-2002).
Keputeraan Putera Charles merupakan kelahiran pertama bagi kerabat keluarga Diraja tidak dihadiri oleh ahli politik berpengalaman dalam memastikan bahawa bayi yang baru lahir adalah benar-benar keturunan Diraja sejak abad ke-17.
Malah, Putera Philip juga tidak hadir dan dilaporkan pergi bermain skuash. Putera Philip menyifatkan anak lelakinya itu kelihatan seperti ‘puding buah prune’ (plum pudding). Perkataan pertama yang disebut Putera Charles adalah sebutan "Nana" yang merujuk kepada pengasuhnya, Mabel Anderson.
Pada tahun 1969, Putera Charles pernah bercita-cita untuk menjadi seorang kelasi atau askar dan berfikiran mengenai kehebatan ketika menyertai aktiviti menembak dan menjadi seorang pemburu.
Pendidikan
Di usia 14 tahun, semasa di sekolah Gordonstoun, Charles diasingkan oleh rakan sekelasnya, kerana sering membuat bunyi "slurp" kepada sesiapa yang bersikap mesra terhadapnya. Putera Charles kemudian dilaporkan merujuk sekolah itu sebagai "hukuman penjara".
Pendidikan awal Raja Charles III bermula di rumah sebelum beliau menghadiri prasekolah di Istana Buckingham Palace. Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama, Gordonstoun, di Scotland seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity College, Cambridge.
Menurut tradisi keluarga, pewaris kepada takhta akan berkhidmat dalam angkatan tentera selepas tamat pengajian di peringkat sekolah.
Berbeza dengan Putera Charles, setelah menamatkan pengajian di Gordonstoun pada tahun 1967, Putera Charles melanjutkan pengajiannya di peringkat universiti di Trinity College, Cambridge. Di sini, Putera Charles mempelajari subjek seperti sejarah, arkeologi dan antropologi.
Seterusnya, Putera Charles berjaya lulus dengan ijazah Sarjana Muda Sastera pada 23 Jun 1970 dan menjadi pewaris takhta pertama yang mendapat ijazah universiti.
Sebagai putera sulung, Charles secara automatik menerima dan memegang gelaran Duke Of Cornwall, Duke Of Rothesay, Earl Of Carrick, Baron Of Renfrew, Lord Of The Isles, dan Prince And Steward Of Scotland.
Selepas tamat pengajian, baginda menyertai Angkatan Laut dan memegang peranan sebagai pegawai di Royal Navy dari 1971 hingga 1976 seterusnya menyandang tugas rasmi keluarga Diraja dan membantu Ratu Elizabeth II dalam pelbagai program kebajikan.
Perkahwinan
Di bawah ‘tekanan’ untuk berkahwin, Charles melamar wanita Bernama Diana Spencer pada bulan Februari 1981 sebelum berlepas ke Australia. Pada 29 Julai 1981, Raja Charles III berkahwin dengan Diana Spencer, yang kemudian dikenali sebagai Puteri Diana.
Majlis perkahwinan diraja ini mendapat liputan secara meluas dari dalam mahupun luar negara. Malah, ia turut diberi jolokan oleh media sebagai “wedding of the century” yang dirai dalam suasana penuh meriah.
Majlis perkahwinan ini dipertonton secara langsung di televisyen dan anggaran tetamu seramai 3,500 orang serta penonton dari seluruh dunia seramai 750 juta orang. Rakyat Britain berdiri di jalanan di seluruh England meraikan majlis perkahwinan yang penuh gilang-gemilang.
Pasangan diraja ini menetap di Istana Kensington, seterusnya di Highgrove House. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putera William yang lahir pada tahun 1982 dan Putera Henry pada tahun 1984.
Namun, kaum kerabat dan rakyat jelata terkejut apabila pasangan ini memutuskan untuk berpisah pada tahun 1992 dan akhirnya bercerai pada tahun 1996. Penceraian berlaku selepas lima belas tahun perkahwinan.
Perkahwinan kedua
Pada 9 April 2005, sebuah majlis perkahwinan meraikan Raja Charles III dan kekasih lamanya, Camilla berlangsung dalam di Windsor Guildhall. Bagi mengekalkan Lady Diana kekal sebagai satu-satunya yang memegang gelaran Puteri Wales, Camilla mendapat gelaran The Duchess of Cornwall.
Setelah itu, Raja Charles III terus mengambil bahagian dalam pelbagai program kebajikan dan amal terutama yang berkaitan dengan alam sekitar dan kelestarian alam.
Raja Charles III juga mempunyai minat yang besar dalam seni dan budaya dan memperjuangkan kepentingannya dalam pengembangan sektor tersebut.
Pada 8 September 2022, Raja Charles III menaiki takhta monarki Britain, selepas ibunya, Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun. Beliau menjadi raja ketiga yang memerintah United Kingdom dengan nama Charles III selepas Raja Charles I dan II.
Sebagai Raja, Raja Charles III akan terus mengabdikan dirinya untuk kemajuan dan kebaikan rakyat Britain serta meneruskan warisan keluarga Diraja dengan menjaga integriti dan keutuhan negara Britain.
Istiadat pertabalan baginda dan Raja Permaisuri Britain, Camilla dijadual bermula jam 11 pagi (waktu Britain) esok sekali gus menjadi istiadat kedua dalam sejarah Britain yang disiarkan di televisyen.
Agensi
Thu May 04 2023

Raja Charles III melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama, Gordonstoun, di Scotland seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity College, Cambridge.- Gambar/ Reuters
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

St. James's Park dipilih sebagai tapak memorial Ratu Elizabeth II
Sebuah memorial rasmi bagi memperingati mendiang Ratu Elizabeth II akan ditempatkan di St. James's Park, London.

Raja Charles III miliki tabiat pelik? Ini info menarik tentang Raja Britain baharu
Meskipun bergelar seorang raja, baginda tetap seorang manusia biasa yang mempunyai tabiat dan hobi yang tidak diketahui orang ramai.

Raja Charles III sukar menandingi kegemilangan pemerintahan mendiang ibu
Pengaruh Raja Britain baharu iaitu Raja Charles III dilihat sukar menandingi era kegemilangan pemerintahan mendiang ibunya, Ratu Elizabeth II.

Rakyat Britain di Malaysia raikan pertabalan bersejarah Raja Charles III
Majlis tontonan istiadat pertabalan itu dihadiri 80 tetamu termasuk 20 ketua perwakilan diplomatik di Malaysia.

Raja Charles III kini ditabal sebagai Raja Britain
Istiadat kemahkotaan Raja Britain Raja Charles III telah berlangsung Westminster Abbey London pada Sabtu.

Istiadat Pertabalan Raja Charles III: Polis London tahan beberapa individu mencurigakan
Polis Metropolitan London memaklumkan terdapat penangkapan beberapa para penentang kerajaan anti-monarki di kota itu pada pagi ini.

Camilla Shand: Apa yang perlu anda tahu mengenai bakal Permaisuri Britain?
Dengan pertabalan Raja Charles III menaiki takhta, Camilla bakal menjadi Permaisuri Britain yang baharu sekali gus mengambil peranan baharu di sisi Raja Charles III.

Pertabalan Raja Charles III: Kenali latar belakang bekas Putera Wales
Raja Charles III atau nama sebenarnya Charles Philip Arthur George merupakan putera sulung kepada Ratu Elizabeth II dilahirkan pada 14 November 1948 di Buckingham Palace, London, England.

Istiadat pertabalan: Raja Charles III ambil jalan lebih dekat
Ini berbeza daripada jalan perarakan yang pernah diambil bondanya Ratu Elizabeth II pada tahun 1953.

Raja Charles tiba di Jerman, negara pertama dilawati
Raja Charles memilih untuk melawat Jerman, negara pertama dikunjunginya selepas menaiki takhta tahun lepas.