Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar kecewa dengan pemimpin dahulu yang telah meminda Perlembagaan negara untuk kepentingan diri.
Baginda mengibaratkan pemimpin berkenaan seperti 'kacang lupakan kulit' kerana pemimpin yang telah diberi kuasa menjadi semakin tamak dan inginkan kuasa lebih besar sehingga sanggup menghapuskan hak orang yang memberinya kuasa dahulu.
Baginda turut menegur seorang bekas pemimpin negara yang terkenal di dunia yang turut menyertai demonstrasi jalanan.
"Di negeri Johor, saya tidak akan benarkan mana-mana pihak menganjurkan demonstrasi jalanan kerana ia akan mengganggu ketenteraman awam dan memberikan imej yang tidak baik.
"Oleh itu, saya ingatkan kepada semua NGO di Johor dan semua bangsa Johor supaya jangan mengikut budaya yang sesat ini," titah baginda kepada kira-kira 3,000 hadirin yang menghadiri Majlis Himpunan Bangsa Johor di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, hari ini.
Sultan Ibrahim bertitah jika tidak berpuas hati dengan kerajaan, perasaan itu boleh disalurkan melalui wakil rakyat yang dipilih.
Baginda menjelaskan demonstrasi jalanan yang menyaksikan rakyat berkumpul di tempat awam sambil membawa sepanduk dan melakukan aksi menghina pemimpin atau individu, bukanlah tabiat orang Malaysia, malah hanya akan menimbulkan kebencian dan perpecahan masyarakat.
Justeru itu, baginda tidak faham mengapa masyarakat di negara ini terikut-ikut dengan cara orang luar yang menghasut untuk menjatuhkan kerajaan.
"Tidak kira di mana kita berada, kita mestilah hormat kepada undang-undang dan peraturan yang dibuat oleh pihak berkuasa. Suka saya ingatkan supaya setiap rakyat mengambil tahu dan mematuhi undang-undang yang telah dibuat, sama ada di peringkat persekutuan ataupun negeri.
"Sekiranya, ada perasaan tidak puas hati dengan keputusan atau dasar kerajaan, ambillah tindakan mengikut saluran yang betul," titah baginda.
Baginda turut bimbang akan 'virus' perpecahan yang dibawa parti politik baharu dan anggota-anggotanya kini.
Titah baginda, apabila masyarakat sudah dijangkiti virus itu, adalah sukar untuk mengubati mereka kerana rakyat telah dihasut untuk membenci kerajaan, dengan tidak mempedulikan kebaikan-kebaikan yang dibuat kerajaan.
Bernama
Thu Nov 03 2016

Sultan Ibrahim turut bimbang akan 'virus' perpecahan yang dibawa parti politik baharu dan anggota-anggotanya kini. - Foto Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Noh tidak jawab persoalan saya - Izham
Izham berkata, isu yang dikemukakannya adalah besar dan penting, melibatkan prinsip pengasingan kuasa dan kedaulatan undang-undang.

Imran beri amaran kekecohan parti diharamkan, penyokong berhimpun di Islamabad
Imran Khan berkata jika parti popular negara itu tidak dibenarkan berpolitik, rakyat akan turun memprotes di jalan raya.

Rihanna 'masuk campur' protes pertanian di India, kobarkan bantahan terhadap Narendra Modi
Puluhan ribu golongan petani telah memenuhi jalan raya menuju ke New Delhi selama lebih dua bulan.

Rusuhan Barcelona: Warga Malaysia disaran berjaga-jaga - Soo Wincci
Warga Malaysia, terutamanya komuniti pelajar harus akur dengan arahan pihak berkuasa mengenai situasi di wilayah berkenaan, kata Juara Miss World Malaysia 2008, Soo Wincci.

Rakyat Israel protes, desak Netanyahu letak jawatan kerana rasuah
Perkembangan itu menjadi tamparan hebat buat Benjamin Netanyahu sepanjang empat penggal mendominasi politik Israel.

Ambil iktibar demonstrasi di Jakarta - Mubarak
Demonstrasi besar-besaran di Jakarta harus dijadikan iktibar dalam mengelak sebarang penganjuran protes jalanan di negara ini, seperti Bersih 5.0 yang dirancang pembangkang bulan ini.

Sultan Johor kecewa tindakan pemimpin dahulu
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar kecewa dengan pemimpin dahulu yang telah meminda Perlembagaan negara untuk kepentingan diri.

1MDB: Polis ambil tindakan tegas individu terbabit demonstrasi jalanan
Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang cuba menghasut orang ramai untuk terbabit dalam demonstrasi jalanan.

Demonstrasi jalanan bukan teladan pada rakyat - Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan demonstrasi jalanan serta mengaibkan pemimpin bukan jalan tengah yang boleh menjadi contoh dan teladan kepada rakyat.

'Terima kasih Bersih' kerana papar demokrasi sihat di Malaysia - Nazri Aziz
Secara sinis juga, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz itu menyarankan perhimpunan tersebut diadakan setiap tahun.