NEW DELHI:Bintang pop Amerika Syarikat, Rihanna mencetuskan kekecohan di India pada Selasa apabila menunjukkan sokongan terhadap protes golongan petani yang berlangsung sejak berbulan-bulan lalu.
Reuters melaporkan, selebriti berpengaruh itu telah mengobarkan perhatian antarabangsa terhadap kontroversi yang melanda pelan reformasi agrikultur yang diperkenalkan Perdana Menteri Narendra Modi.
Puluhan ribu golongan petani, baik yang tua mahupun yang tua, telah memenuhi jalan raya menuju ke New Delhi selama lebih dua bulan, antaranya dengan meletakkan jentera bajak mereka.
Perarakan dengan traktor pada minggu lalu di New Delhi bertukar ganas. Pasukan polis bertindak balas dengan mematikan perkhidmatan internet, membina parit, merentangkan rantai paku di jalanan selain mengukuhkan penghadang dengan kawat duri bagi menghalang para petani daripada mendekati ibu kota.
"Kenapa kita tidak bercakap tentang perkara ini?" ujar Rihanna dalam hantaran di Twitter, dengan berkongsi artikel CNN mengenai demonstrasi itu.
Rihanna yang memiliki lebih 100 juta pengikut di platform media sosial itu turut menggunakan hashtag #FarmersProtest (protes petani) dalam hantarannya.
Walau bagaimanapun, masih belum jelas punca yang menyebabkan RIhanna, yang lagu-lagunya mendapat sambutan di India, tiba-tiba mahu menyentuh tentang isu berkenaan.
Ketika ciapannya itu menjadi trending di India, seorang aktres berasal dari Mumbai yang juga penyokong parti nasionalis India, menyelar Rihanna.
"Tiada siapa yang bercakap mengenainya kerana mereka bukan petani, mereka ialah pengganas yang cuba memecahbelahkan India..." kata Kangana Ranaut kepada 3 juta pengikutnya di platform yang sama.
Protes tersebut dipimpin oleh masyarakat petani keturunan Sikh dari negeri Punjab yang menghasilkan gandum dan beras. Komuniti berkenaan juga menganjurkan siri protes di seluruh dunia termasuk di Australia, Britain dan AS.
Kumpulan pejuang hak asasi berpangkalan di New York, Sikh Coalition, berterima kasih kepada Rihanna kerana memarakkan perhatian antarabangsa ke atas isu itu.
"Selama lebih seminggu, kerajaan India telah memutuskan perkhidmatan internet terutamanya di laman web yang memaparkan perjuangan #Farmers Protest, yang jelas menunjukkan pencabulan hak kebebasan bersuara," ujar kumpulan itu dalam Twitter.
Agensi
Wed Feb 03 2021

Rihanna menggunakan pengaruhnya di media sosial untuk mencetus perhatian antarabangsa terhadap protes yang sedang berlaku di India. - Reuters

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah
Penyanyi terkenal Rihanna dan pasangannya, A$AP Rocky, berpimpin tangan meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup selesai dalam perbicaraan kes tembakan pada Jumaat.

Rihanna hamil anak kedua, dedah berita gembira di Super Bowl Halftime 2023
Penyanyi terkenal Rihanna mengumumkan berita kehamilannya ketika membuat persembahan di Super Bowl Halftime 2023, semalam.

Kemunculan semula selepas lima tahun, Rihanna bakal gegarkan pentas Superbowl
Ini merupakan kemunculan semula penyanyi berkenaan selepas kali terakhir membuat persembahan di Anugerah Grammy pada awal 2018.

Rihanna selamat melahirkan anak pertama
Rihanna selamat melahirkan anak lelaki di Los Angeles pada pada 13 Mei.

Rihanna hamil, tidak sabar tunggu kelahiran anak pertama bersama A$AP Rocky
Dalam tempoh 10 tahun akan datang, Rihanna membayangkan dirinya mempunyai 'tiga atau empat' anak, sama ada dia mempunyai pasangan atau tidak.

Rihanna kini bergelar pemuzik wanita terkaya di dunia
Bintang kelahiran Barbados itu kini memiliki kekayaan sebanyak AS$1.7 bilion.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Selit potongan hadis dalam lagu pertunjukan baju dalam, Rihanna mohon maaf
Rihanna tidak menunggu lama terus membuat permohonan maaf di laman Instagramnya.

Rihanna dikecam tidak sensitif, guna petikan hadis lancar produk pakaian dalam
PENYANYI yang terkenal dengan lagu Umbrella, Rihanna dikecam hebat di media sosial selepas didakwa tidak sensitif terhadap agama Islam.