Lebih 30 sukarelawan daripada Persatuan Yayasan Taiwan Buddhist Tzu-Chi Malaysia menghulurkan pelbagai bantuan kepada keluarga mangsa kemalangan bas di Genting Highlands.
Ketua penyelarasnya bagi cawangan Kuala Lumpur dan Selangor, Ong Hok Ki,54, berkata kumpulan sukarelawan yang terdiri daripada suri rumah, golongan profesional dan ahli perniagaan, sejak 7 malam tadi telah memasang khemah dan berkampung di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk memberi bantuan kepada keluarga mangsa.
Kami telah menyediakan bantuan makanan, minuman dan juga selimut, katanya kepada Bernama di rumah mayat HKL di sini hari ini.
Katanya, mereka juga turut memberikan sokongan moral kepada keluarga terdekat mangsa supaya dapat menerima berita kematian ahli keluarga mereka.
"Bagi golongan yang susah, pihak kami bercadang untuk memberikan bantuan kewangan bagi meringankan bebanan hidup yang ditanggung mereka," katanya.
Ong berkata selain daripada HKL, pasukan sukarelawan berkenaan turut menghulurkan bantuan yang sama kepada keluarga mangsa kemalangan itu di tiga buah hospital yang lain iaitu di Sungai Buloh, Selayang dan Bentong, Pahang.
"Kami akan berkampung di HKL sehingga berakhirnya proses bedah siasat mangsa kemalangan," tambahnya.
Dalam kemalangan 2.45 petang tadi, seramai 37 orang terkorban apabila bas ekspres yang mereka naiki terjunam 60 meter ke dalam gaung di Km3.5 Jalan Genting Highlands, sementara 16 lagi cedera, dengan 14 daripada mereka dilaporkan kritikal.
Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr S.Jeyaindran berkata proses bedah siasat ke atas 37 mayat sudah bermula sejak 11.20 malam dan dijangka selesai 9.30 pagi esok.
Bernama
Thu Aug 22 2013
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Pokok tumbang hempap lima kenderaan di Genting Highlands
Lima kereta rosak dihempap pokok tumbang di kawasan tempat letak kereta berhampiran sebuah hotel di Genting Highlands, petang tadi.
Tukang kebun buat laporan palsu disamun
Polis mengesan satu laporan palsu dibuat seorang tukang kebun yang mendakwa dirinya disamun oleh tiga lelaki di Genting Highlands, semalam.
Syarikat bas didakwa berkaitan kemalangan di Genting Highlands
Pengarah, M Kumar, 50, yang mewakili syarikat M Kumar Trans Tour Sdn Bhd mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nuur Fakhizaa Abu Bakar.
‘Cinta Di Awan’ konsert solo penutup 2024 buat Siti Nurhaliza
Konsert itu berlangsung selama dua jam setengah dan menyaksikan Siti mempersembahkan rangkaian lebih 30 lagu hit terhebatnya.
Pemandu bas persiaran terbabit nahas di Genting mengaku tidak bersalah
Pemandu bas persiaran yang terbabit nahas di Jalan Genting Highlands sehingga meragut nyawa dua pelancong warga China mengaku tidak bersalah.
Jalan Batang Kali-Genting Highlands dibuka semula hari ini
Kerja pembaikan cerun di laluan itu sepatutnya siap pada Mac lepas namun berlaku sedikit kelewatan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
APAD batal, gantung lesen syarikat bas persiaran terlibat nahas Genting Highlands
Syarikat bas persiaran yang terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan turun dari Genting Highlands pada Sabtu lepas kemungkinan berdepan hukuman penggantungan atau pembatalan lesen di bawah Akta Pen
Nahas bas Genting Highlands: Permit tamat tempoh, syarikat pelancongan bakal didakwa - Loke
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) diarahkan untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab yang perlu dijawab syarikat itu dalam tempoh tiga hari.
Bas terbalik Genting Highlands: Lesen syarikat pelancongan digantung sementara
MOTAC menggantung sementara lesen syarikat pelancongan yang terlibat dalam insiden bas membawa pelancong China terbalik di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands pada Sabtu.
Insiden bas Genting: Industri pengangkutan perlu ketatkan langkah keselamatan - Lee Lam Thye
Industri pengangkutan tempatan digesa mengetatkan langkah keselamatan jalan raya berikutan nahas bas di Genting Highlands hari ini, kata seorang aktivis sosial terkenal Tan Sri Dr Lee Lam Thye.