PUTRAJAYA: Syarikat pelancongan yang terlibat dalam insiden nahas bas terbalik di Jalan Genting Highlands membabitkan pelancong warga China, pada Sabtu bakal didakwa.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam sidang media pada Isnin memaklumkan syarikat bas terbabit tidak mematuhi syarat ditetapkan, selain permit bas tersebut telah tamat tempoh pada 16 Februari lalu.
“Bas persiaran atau syarikat ini mempunyai 15 permit bas pelancongan. Namun permit telah tamat tempoh pada 16 Februari lalu. Bukan sahaja itu, pemandu juga tiada lesen pemandu.
"Kemalangan ini jelas menunjukkan syarikat pengendali pelancongan tidak mematuhi syarat-syarat ditetapkan dengan membenarkan pemandu memandu tanpa lesen dan permit bas sudah tamat tempoh,” katanya.
Anthony turut mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab yang perlu dijawab syarikat itu dalam tempoh tiga hari.
“Saya sudah arahkan agar tindakan paling tegas kepada syarikat berkenaan kerana jelas melanggar undang-undang sehingga menyebabkan dua orang maut malah jejaskan imej negara,” katanya.
Menurutnya, bagi kesalahan itu, pemandu akan diambil tindakan di bawah Seksyen 42 (2) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Terdahulu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung sementara lesen operasi syarikat pelancongan yang terbabit dalam nahas bas terbalik itu.
Nahas di Kilometer (KM) 16.5 Jalan Turun Genting Highlands, Pahang pada Sabtu itu telah menyebabkan kematian dua warga China, manakala 13 yang lain cedera.
Faida Rahim
Mon Jul 01 2024

Nahas di KM16.5 Jalan Turun Genting Highlands, Pahang pada Sabtu telah menyebabkan kematian dua warga China, manakala 13 yang lain cedera. -Gambar fail/Sinar Harian
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

MOT bentang permohonan projek KXP kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat
MOT akan membentangkan memorandum permohonan lesen aerodrom bagi projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat untuk keputusan selanjutnya.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Parlimen: Tiga syarikat alternatif Puspakom bukan 'syarikat RM2' - Loke
Beliau berkata syarikat itu merupakan syarikat bertujuan khas (SPV) yang ditubuhkan untuk memasuki permohonan PPKM.

Pelabuhan Klang sasar kendali 15 juta TEU kontena pada 2025 - Loke
Loke berkata ini disokong oleh pertumbuhan positif ekonomi domestik, pembangunan projek-projek infrastruktur dan pertumbuhan kargo menerusi sektor pembuatan dan logistik.

ECRL: Kabinet lulus cadangan ubah pembinaan ke landasan berkembar libat jajaran di Pelabuhan Klang
Loke berkata kos pembinaan landasan berkembar itu tidak memerlukan peruntukan tambahan oleh kerajaan serta tidak akan meningkatkan kos pembangunan keseluruhan Projek ECRL.

Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke
Tindakan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek TNB di Bentong, Pahang, tidak menjejaskan Projek Laluan ECRL.

Pemeriksaan kenderaan: Anthony Loke umum 3 syarikat baharu, henti monopoli Puspakom
MOT lantik tiga syarikat baharu untuk melaksana pemeriksaan kenderaan, menamatkan monopoli Puspakom. Pelantikan ini diyakini dapat meningkatkan daya saing dan mudahkan pengguna.

Parlimen: MOT umum syarikat baharu pusat pemeriksaan kenderaan motor esok - Loke
Kementerian Pengangkutan akan mengumumkan beberapa syarikat baharu yang akan diberi kelulusan untuk membuka Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) yang baharu esok.