KLANG: Sepasang suami isteri mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, bulan lepas.
Khairul Hizwan Kamarudin, 32, dan Norehan Abu Kasim, 35, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Noridah Adam.
Bagi pertuduhan pertama, Khairul Hizwan yang bekerja kampung dan isterinya yang tidak bekerja melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dengan cara memegang anggota badannya mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh juga disebat.
Mereka juga didakwa bersama-sama melakukan amang seksual bukan fizikal iaitu menyebabkan mangsa memerhati perbuatan kedua-dua tertuduh yang bersifat seksual mengikut Seksyen 15(d) AKSTK 2017 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya.
Khairul Hizwan turut mengaku menyimpan beberapa video lucah di dalam telefon bimbitnya dan dia didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pasangan itu didakwa melakukan semua kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat pada 12 Nov dan 1 Dis lepas.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suriantiazila Muhamad memohon mahkamah supaya tidak membenarkan sebarang jaminan atas alasan mangsa dan keluarganya menetap di kawasan perumahan yang sama manakala kedua-dua tertuduh, yang tidak diwakili peguam, hanya tunduk dan tidak membuat sebarang rayuan.
Noridah tidak membenarkan pasangan itu diikat jamin dan menetapkan 5 Jan tahun depan untuk mendengar fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman.
Di mahkamah sama, seorang warga emas Maskuri Suharto, 71, mengaku tidak bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun ketika dalam perjalanan ke sebuah stesen minyak di Bandar Bukit Tinggi di sini pada 10.30 malam 1 Dis lepas.
Suriantiazila tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan keluarga mangsa merupakan kenalan rapat tertuduh sejak 25 tahun lepas namun Maskuri, yang tidak diwakili peguam, merayu dikenakan ikat jamin yang rendah atas alasan tidak bekerja, sudah berusia dan tinggal berseorangan.
Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 5 Jan depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023
Sepasang suami isteri mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, bulan lepas. -Bernama
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Pengetua mengaku tidak bersalah amang seksual pelajar perempuan 16 tahun
Seorang pengetua sekolah mengaku tidak bersalah berkomunikasi secara seksual dan amang seksual bukan fizikal terhadap pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 2 Julai lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Disember 2024.
PU Azman dihukum penjara 7 tahun, dua sebatan kes amang seksual
Hakim menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap tertuduh selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan dibacakan pada prosiding sebutan semula kes.
Pembantu stor mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual
Seorang pembantu stor mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.
Guru didakwa tujuh pertuduhan rogol, amang seksual pelajar OKU
Seorang guru didakwa atas tujuh pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU).
Amang seksual: Peguam empat pembantu madrasah hantar representasi kedua kepada AGC
Pihak pembelaan yang mewakili empat pembantu pengajar sebuah madrasah di Kuala Pilah akan menghantar representasi kedua kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Seorang jurulatih renang mengaku tidak bersalah datas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki.
Pemandu lori lakukan amang seksual terhadap anak dipenjara, sebat
Seorang pemandu lori dihukum penjara tiga tahun enam bulan dan dua sebatan selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak kandung.
Kakitangan universiti didakwa amang seksual anak tiri
Seorang kakitangan universiti didakwa atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuan, lima tahun lalu.
Pemandu e-hailing didakwa lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Seorang pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan tirinya berusia 11 tahun 10 bulan.