Tertuduh berusia 39 tahun bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azaraorni Abd Rahman.
Berdasarkan pertuduhan, dia telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun pada waktu kejadian.
Tindakan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jasin, jam 2 hingga 3 pagi, antara 15 hingga 31 Disember 2019.
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (AKSTK 2017) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebat, jika disabitkan kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim mencadangkan jaminan RM30,000 terhadap mangsa dan memohon syarat tambahan agar tertuduh tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.
Peguam Chua Yong Yi yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah kerana tertuduh menghidap sakit jantung manakala isterinya sedang sarat mengandung dan menunggu hari untuk melahirkan anak keempat.
Selain itu tertuduh juga menyara ibu bapa yang sakit.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM9,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan ke mahkamah.
Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes pada 9 Disember depan. -- Sinar Harian