GERIK: Pasangan suami isteri maut manakala tiga anak mereka parah setelah kereta dinaiki keluarga itu terbabit kemalangan dengan sebuah treler muatan simen di Kilometer 25, Lebuhraya Timur Barat, sebelum hentian rehat dan rawat (R&R) Titiwangsa, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 1.10 tengah hari, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik bergegas ke lokasi.
Menurutnya, terdapat lima mangsa dalam kereta Perodua Myvi dan mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Mohamad Nasir, 51, dan Rohaya Harun, 46.
Sementara itu, tiga anak mereka yang cedera parah dikenal pasti sebagai Mohamad Amir Zaqwan Mohamad Nasir, 14; Nur Auni Batrisya Mohamad Nasir, 12; dan Mohamad Zarith Mohamad Nasir, 7.
Difahamkan kesemua lima mangsa tersebut dalam perjalanan dari Gerik ke Jeli.
Pemandu treler terlibat dalam nahas berkenaan bagaimanapun selamat dan tidak mengalami kecederaan.
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dan diserah kepada polis untuk tindakan susulan.
Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Che Ros Che Hassan tamat pada jam 2.45 petang.
Astro Awani
Sat Jun 24 2023
![Suami isteri maut, tiga anak parah nahas kereta-treler di Lebuhraya Timur Barat Suami isteri maut, tiga anak parah nahas kereta-treler di Lebuhraya Timur Barat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687596850_kemalanganmaut.jpg)
Keadaan kenderaan dinaiki mangsa lima beranak yang terlibat nahas dengan sebuah treler muatan simen di Kilometer 25, Lebuhraya Timur Barat, hari ini. -JBPM Perak
[TERKINI] Sekurang-kurangnya empat maut, letupan pusat beli-belah di Taiwan
Sekurang-kurangnya empat orang disahkan maut dalam satu insiden letupan di sebuah pusat beli-belah di Taiwan.
![Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429889_MAJLISPENYERAHANBI.jpg)
Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im
MAIWP berkata, sebanyak RM230.63 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2025 untuk meningkatkan modal insan, dengan RM5.8 juta adalah untuk bantuan biasiswa.
![Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000 Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739431283_NursyafiqahHermansh.jpg)
Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000
Nursyafiqah Hermanshah, 27, didakwa menipu Afreena Suhaimi, 33, sehingga mendorong mangsa membayar wang berjumlah RM105,380 kepada tertuduh melalui 26 transaksi ke lima akaun berbeza.
[TERKINI] Harga lantai belian padi diselaras RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini
Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 per tan berbanding RM1,300 per tan berkuat kuasa Ahad ini.
![Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429986_tbFahmiFadzilDewan.jpg)
Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.
AWANI Ringkas: PPR: RM185 juta diperuntuk baik pulih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739427948_tbAnwarIbrahimmel.jpg)
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Kerajaan telah memperuntukkan RM185 juta untuk projek baik pulih 358 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara tahun ini.
![4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan 4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739429620_TBTaiwanExplosion.jpg)
4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.
"Sebab itu Machang tidak maju" - PM Anwar
Perdana Menteri menjawab persoalan dari Ahli Parlimen Machang mengenai isu kejatuhan saham ekonomi negara.
“Saya akan kaji beberapa keperluan untuk Machang supaya Machang boleh maju sedikit lagi"katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
“Saya akan kaji beberapa keperluan untuk Machang supaya Machang boleh maju sedikit lagi"katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723548182_TBAdnanMat.jpg)
Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
![Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738383923_TBkemalangan.jpg)
Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera
Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka seorang lelaki berusia 5 tahun dan bayi perempuan 10 bulan cedera dalam kemalangan di Gua Musang.
![Pasangan warga emas rentung dalam kebakaran Pasangan warga emas rentung dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722938717_Kebakaran.jpg)
Pasangan warga emas rentung dalam kebakaran
Sepasang suami isteri warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Kampung Pangkalan Lutong di sini pagi tadi.
![Suami isteri maut, motosikal terbabas sewaktu pulang dari kenduri kahwin Suami isteri maut, motosikal terbabas sewaktu pulang dari kenduri kahwin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668338216_Suamiisterimautn.jpg)
Suami isteri maut, motosikal terbabas sewaktu pulang dari kenduri kahwin
Sepasang suami isteri masing-masing berusia 26 tahun maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 25, Jalan Bentong ke Raub hari ini.
![Tiga anak pasangan maut terkena renjatan elektrik dibawa balik ke Sarawak Tiga anak pasangan maut terkena renjatan elektrik dibawa balik ke Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647346084_TBFADILLAHYUSOF.jpg)
Tiga anak pasangan maut terkena renjatan elektrik dibawa balik ke Sarawak
Ketiga-tiga anak mendiang pasangan suami isteri yang maut akibat renjatan elektrik di rumah mereka di pangsapuri Taman Tringkap Puncak, Cameron Highlands akan kembali ke Kuching esok.