Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman berjaya membongkar kegiatan makmal memproses dadah disyaki syabu selepas membuat serbuan di tiga buah rumah bangsal dalam kawasan ladang kelapa sawit, di sini pada Isnin lalu.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Kang Chez Chiang berkata, dalam serbuan bermula jam 2 petang hingga 7.30 malam itu, pihaknya turut berjaya menahan empat suspek serta merampas dadah dipercayai jenis syabu seberat 74.55kg dan dadah jenis Ephedrine (Kimia utama untuk hasilkan syabu) seberat 29.35kg.
“Empat suspek berusia 28 hingga 44 tahun itu ditahan di dalam rumah-rumah bangsal berkenaan dan tiga daripada mereka merupakan adik beradik.
“Sebuah rumah bangsal itu telah dijadikan tempat memproses, sebuah lagi dijadikan tempat menyimpan bahan-bahan kimia... kesemua rumah bangsal ini berdekatan dengan kolam ikan.
“Kita percaya mereka baru sahaja mulakan operasi ini sejak dua bulan lalu dan baru sahaja belajar cara memproses dadah ini, kita sedang mencari seorang lagi yang kita percaya mengajar mereka-mereka ini memproses dadah,” katanya dalam satu sidang media khas di Ipoh pada Rabu.
Beliau menambah, dalam serbuan bersama JSJN Perak itu pihaknya juga turut merampas pelbagai peralatan memproses dadah, bahan-bahan kimia, dua buah kereta serta seutas jam tangan mewah milik suspek.
“Kesemua rampasan dadah itu dianggarkan bernilai RM5.2 juta dan dipercayai untuk pasaran tempatan.
“Ujian saringan awal mendapati kesemua suspek negatif dadah, dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah rompak dan mencuri,” jelas beliau.
Kesemua tangkapan direman sehingga 20 Mac ini untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Kita sedang melakukan siasatan terperinci mengenai kes ini, kita nak tahu dengan siapa mereka belajar, dari mana mereka dapat bahan-bahan kimia ini dan tuan punya ladang kelapa sawit juga akan kita panggil membantu siasatan," tambah beliau.
Astro Awani
Wed Mar 15 2017
![STING serbu makmal dadah di Perak, 74kg syabu dirampas STING serbu makmal dadah di Perak, 74kg syabu dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/71489557272_MakmalDadah.jpg)
Datuk Kang Chez Chiang dalam sidang media hasil serbuan STING ke atas kegiatan makmal memproses dadah di Perak. - Foto Astro AWANI
![Bilangan tenaga buruh meningkat 1.1 peratus pada suku kedua 2024 - DOSM Bilangan tenaga buruh meningkat 1.1 peratus pada suku kedua 2024 - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712246231_TBOrangramai.jpg)
Bilangan tenaga buruh meningkat 1.1 peratus pada suku kedua 2024 - DOSM
Bilangan tenaga buruh pada suku kedua tahun ini mencatatkan trend positif dengan peningkatan sebanyak 1.1 peratus kepada 17.15 juta orang berbanding 16.96 juta orang pada suku pertama tahun ini.
![Cemar sungai: Warga China berdepan denda RM10 juta - JAS Cemar sungai: Warga China berdepan denda RM10 juta - JAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722937565_courtgavelmahkam.jpg)
Cemar sungai: Warga China berdepan denda RM10 juta - JAS
Seorang warga China berdepan denda RM10 juta dan hukuman penjara mandatori sehingga lima tahun, atas kesalahan melepaskan buangan bahan kimia ke dalam perairan daratan.
AWANI Ringkas: Wanita diserang ketika hendak tunaikan solat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Ahmad Zahid persoal dakwaan Islam terancam Ahmad Zahid persoal dakwaan Islam terancam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723216028_tbMajlisRamahMesra.jpg)
Ahmad Zahid persoal dakwaan Islam terancam
Ahmad Zahid berkata pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dan dakwaan berterusan bahawa Islam terancam atau dipinggirkan di bawah Kerajaan Perpaduan tidak berasas.
AWANI Tonight: 9th August 2024
#AWANITonight with Farhana Sheikh
- Tesla halts ASEAN expansion due to losses, competition - PM
- Ringgit: will upward momentum continue?
#AWANIEnglish #AWANINews
- Tesla halts ASEAN expansion due to losses, competition - PM
- Ringgit: will upward momentum continue?
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Ringgit - Will upward momentum continue?
The Ringgit has staged a notable recovery following an 11-day straight rally against the USD, but will this upward momentum continue? Mohd Sedek Jantan from UOB Kay Hian Wealth Advisors weighs in.
AWANI Tonight: Tesla halts ASEAN expansion due to losses, competition - PM
Tesla’s reported decision to abandon plans to build EV factories in the region was not a result of Malaysia’s performance or polices, says Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Dakwa rombakan PDRM: PDRM disanjung tinggi, minat besar terhadap polis dorong wartawan menulis laporan Dakwa rombakan PDRM: PDRM disanjung tinggi, minat besar terhadap polis dorong wartawan menulis laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-09/41569394532_TBTANSRIJOHAN.jpg)
Dakwa rombakan PDRM: PDRM disanjung tinggi, minat besar terhadap polis dorong wartawan menulis laporan
"Mungkin minat yang besar terhadap pasukan polis mendorong wartawan berkenaan menulis laporan tersebut."
AWANI Ringkas: Dakwa rombakan PDRM | Tiga wartawan enggan dedah sumber
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Olimpik Paris 2024: Nurul Izzah pecah rekod kebangsaan, kandas di repechage acara pecut Olimpik Paris 2024: Nurul Izzah pecah rekod kebangsaan, kandas di repechage acara pecut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723212440_TBIZZAH.jpg)
Olimpik Paris 2024: Nurul Izzah pecah rekod kebangsaan, kandas di repechage acara pecut
Nurul Izzah terpaksa turun beraksi dalam pusingan repechage selepas tewas kepada Sophie Capewell pada pusingan pertama acara pecut.
![Jenayah turun mendadak di Paris semasa Sukan Olimpik - Darmanin Jenayah turun mendadak di Paris semasa Sukan Olimpik - Darmanin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722636498_GeraldDarmanin.jpg)
Jenayah turun mendadak di Paris semasa Sukan Olimpik - Darmanin
Darmanin berkata kesan kehadiran pasukan keselamatan yang meningkat, terdapat penurunan besar dalam jumlah kesalahan jenayah minggu lepas.
![Polis tahan dua lelaki disyaki pukul wanita, pandu secara berbahaya Polis tahan dua lelaki disyaki pukul wanita, pandu secara berbahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719227691_handcuff.jpg)
Polis tahan dua lelaki disyaki pukul wanita, pandu secara berbahaya
Kedua-dua lelaki berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan sekitar Kajang pada 4 pagi tadi dan direman enam hari bagi membantu siasatan.
![Langkah wajibkan pengendali media sosial mohon lesen tepat pada masanya - Pakar Langkah wajibkan pengendali media sosial mohon lesen tepat pada masanya - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702603845_TBMediaSosialjp.jpg)
Langkah wajibkan pengendali media sosial mohon lesen tepat pada masanya - Pakar
Ia mampu memberikan timbal balik dalam pelaksanaan ekosistem penggunaan media sosial khususnya berkaitan isu membabitkan jenayah sivil.
![Hukuman tegas perlu bendung serangan siber - Penganalisis Hukuman tegas perlu bendung serangan siber - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719888848_mediasosial.jpg)
Hukuman tegas perlu bendung serangan siber - Penganalisis
Penganalisis jenayah berpendapat perkara itu perlu diberi perhatian memandangkan jenayah siber di negara ini amat serius dan semakin rumit.
![Kerajaan akan pastikan Internet, media sosial selamat untuk semua - Fahmi Kerajaan akan pastikan Internet, media sosial selamat untuk semua - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721790538_FahmiFadzil.jpg)
Kerajaan akan pastikan Internet, media sosial selamat untuk semua - Fahmi
Beliau berkata, aliran terkini menunjukkan jenayah tradisional telah mula berpindah ke alam maya termasuk media sosial.
![Dalang penipuan jenayah talian boleh dikenakan tindakan di bawah RUU Kanun Keseksaan Dalang penipuan jenayah talian boleh dikenakan tindakan di bawah RUU Kanun Keseksaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719992977_MKulasegaran.jpg)
Dalang penipuan jenayah talian boleh dikenakan tindakan di bawah RUU Kanun Keseksaan
RUU itu akan memastikan dalang yang terlibat dalam aktiviti penipuan dalam talian dikenakan tindakan di bawah peruntukan yang disediakan.
![90,000 kamera CCTV dipasang di Kabul, Afghanistan 90,000 kamera CCTV dipasang di Kabul, Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51646029087_suasanadiKabulAf.jpg)
90,000 kamera CCTV dipasang di Kabul, Afghanistan
Kira-kira 90,000 kamera CCTV telah dipasang di kawasan sensitif, tempat sesak, dataran dan persimpangan jalan di Kabul.
![Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718295185_TBANWARUCAP.jpg)
Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.
![Indonesia tahan buruan Thailand paling dikehendaki di Bali Indonesia tahan buruan Thailand paling dikehendaki di Bali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717246629_ChaowalitThongduang.jpg)
Indonesia tahan buruan Thailand paling dikehendaki di Bali
Chaowalit mempunyai rekod jenayah termasuk sabitan atas cubaan membunuh dan pemilikan senjata api secara haram.
![Ejen insurans didakwa atas kesalahan merompak dan mencederakan Ejen insurans didakwa atas kesalahan merompak dan mencederakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716291856_mahkamah.jpg)
Ejen insurans didakwa atas kesalahan merompak dan mencederakan
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.