KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pihak pembelaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) tidak boleh mengambil bahagian secara berkesan dalam prosiding mencabar kredibiliti saksi pembelaan ketiga melainkan pihak pendakwaan mengubah status kenyataan yang menimbulkan perbalahan itu.
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik berkata dokumen tiga muka surat yang mengandungi kenyataan pengarah Syarikat Pembinaan Teknik Sempurna Sdn Bhd, Jefri Jamil, yang diklasifikasikan sebagai sulit mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) perlu dinyahklasifikasikan.
"Kami tidak boleh mengambil bahagian secara berkesan. Mereka (pendakwaan) perlu menyahklasifikasikan, supaya ia adil dan saksama, jadi Yang Arif boleh mengarahkan pihak pendakwaan supaya memberi kami satu salinan. Tanpanya, kami tidak boleh berbuat apa-apa," katanya.
Pada 22 Sept, Hakim Datuk Collin Sequerah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mencabar kredibiliti Jefri, menurut Seksyen 155 Akta Keterangan 1950.
Hisyam berkata pihak pembelaan berpegang kepada kes Lim Kit Siang melawan Pendakwa Raya pada 1980 yang menyatakan mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mewujudkan hak bagi mana-mana orang untuk mengabaikan peruntukan di bawah OSA atau mana-mana undang-undang lain.
"Ini bermakna walaupun hakim Mahkamah Tinggi memerintahkan supaya kenyataan sulit Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikemukakan kepada peguam Zahid, perintah sedemikian tidak akan sah kerana ia boleh melanggar OSA. Kerana itu, peguam pada dasarnya tidak akan dapat mengambil bahagian dalam prosiding mencabar kredibiliti," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berhujah bahawa peguam tidak perlu mengambil bahagian dalam prosiding itu kerana ia hanya antara Jefri dan hakim.
Beliau berkata Jefri akan diberi peluang untuk menjelaskan mengapa terdapat percanggahan dalam kenyataan itu dan mahkamah boleh menilai kenyataan tersebut.
Raja Rozela berkata adalah salah apabila menganggap dokumen yang diklasifikasikan di bawah OSA dilarang sama sekali ditunjukkan kepada mahkamah.
"OSA bertujuan untuk menghalang pendedahan tanpa kebenaran atau penggunaan tanpa kebenaran dokumen yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi dan tiada dalam peruntukannya menghalangnya daripada dikemukakan di mahkamah sebagai sebahagian daripada prosiding.
"Saya seorang pegawai awam dan begitu juga mahkamah ini dan ini adalah prosiding kehakiman. Dengan mengemukakan kenyataan OSA, bahagian tertentu kenyataan itu tidak akan membuat pembelaan bertanggungjawab jika ia ditunjukkan di mahkamah. Memiliki atau menentang OSA, tiada siapa yang akan didakwa untuk itu," katanya.
Hakim kemudian menyoal pihak pendakwaan sama ada mereka boleh menyahklasifikasi kenyataan SPRM Jefri untuk prosiding mencabar kredilibiti itu dan membuat permohonan rasmi untuk menyahklasifikasi kenyataan itu kepada pihak berkuasa yang berkenaan.
Raja Rozela berkata beliau tidak diberi kuasa untuk menyahklasifikasi dokumen berkenaan, bagaimanapun akan mempertimbangkan untuk menelitinya selepas ia (menyahklasifikasi) dicadangkan oleh hakim.
Pihak pendakwaan memohon prosiding mencabar kredibiliti saksi itu apabila menyoal balas Jefri, yang memberi keterangan bahawa beliau telah memberikan kenyataan kepada SPRM pada 2018, tetapi tidak dapat mengingati kandungannya.
Ahmad Zahid, 69, menghadapi 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik YAB.
Prosiding bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 31 2022

Ahmad Zahid menghadapi 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik YAB. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.