Mahkamah Tinggi yang mendengar kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor diberitahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyoal siasat doktor sebuah hospital swasta yang mengeluarkan sijil cuti sakit kepada isteri bekas perdana menteri itu.
Peguam Datuk Jagjit Singh memaklumkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bahawa pegawai SPRM telah menyoal siasat doktor tersebut pada Selasa.
“Ini adalah satu intimidasi, Yang Arif! Mengapa SPRM bertindak sebegini. Siapa yang mengarahkan pegawai terbabit untuk pergi dan menyoal siasat doktor itu. Ini tidak seharusnya dibenarkan sama sekali,” katanya yang meminta mahkamah membuat keputusan mengenai perkara itu.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata persoalan di sini ialah sama ada tertuduh sihat atau sebaliknya untuk menghadiri perbicaraan, oleh itu, SPRM perlu menyiasat perkara tersebut dan mereka hanya menjalankan tugas.
“Jika doktor itu berasa terancam, beliau seharusnya membuat laporan polis,” katanya.
Mohamed Zaini berkata beliau tidak mempunyai kapasiti untuk membuat sebarang keputusan atau perintah berhubung perkara itu.
“Saya minta maaf, jika ini kesnya, individu terbabit seharusnya bebas untuk membuat laporan polis,” katanya yang kemudian mengarahkan agar perbicaraan kes itu dimulakan.
Perbicaraan kes rasuah Rosmah dijadualkan bermula pada Isnin lepas namun ditangguhkan sehingga Rabu selepas beliau gagal hadir ke mahkamah pada hari tersebut atas alasan tidak sihat dan diberikan cuti sakit sehingga 8 Feb.
Mohamed Zaini berkata mahkamah bersimpati dengan keadaan Rosmah dan membenarkan penangguhan selama dua hari namun menegaskan bahawa tiada penangguhan lanjut akan dibenarkan.
Beliau berkata Rosmah akan dibenarkan menggunakan kerusi roda di dalam mahkamah dan masa rehat yang kerap akan diberikan semasa perbicaraan jika beliau berasa tidak sihat.
Rosmah, 68, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, menerusi bekas pembantu Rosmah iaitu Datuk Rizal Mansor bagi projek membekalkan tenaga solar kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di tiga tempat iaitu Lygon Cafe, Sunway Putra Mall di Jalan Putra, di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan at Seri Perdana Residence, Persiaran Seri Perdana, Precinct 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 05 2020

Rosmah ketika tiba di Kompleks Mahkamah di Kuala Lumpur untuk menghadiri prosiding perbicaraan tiga kes rasuah berkaitan projek tenaga solar yang dihadapinya, 5 Feb, 2020. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Syarikat upah detektif buru kakitangan ambil 'MC palsu'
Ketidakhadiran tinggi menyebabkan Keluaran Negara Kasar (KDNK) Jerman berkurang sebanyak 0.8 peratus pada tahun 2023.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying cuti sakit selepas pembedahan
Pada 4 Okt 2024, Timbalan Menteri Kewangan telah menjalani pembedahan dan kini sedang menjalani proses pemulihan di kediaman beliau.

Jagdeep sambung cuti sakit hingga 9 Ogos
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo menyambung cuti sakit hingga Jumaat ini (9 Ogos) bagi rawatan lanjut.

Jagdeep jalani pemulihan, Chow sedia beri cuti lanjutan
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow sedia memberikan lanjutan cuti kepada Timbalan Ketua Menteri II Jagdeep Singh Deo yang ketika ini dalam fasa pemulihan dan sedang dalam perhatian doktor.

Perbicaraan ditangguh: Siti Nuramira demam, muntah dan kejang perut
Perbicaraan kes Siti Nuramira Abdullah yang didakwa mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam di Mahkamah Sesyen ditangguhkan hingga esok kerana wanita itu cuti sakit.

Cuti sakit pekerja boleh dipinda
Kemudahan cuti sakit wajar dikaji semula kerana ia membebankan majikan dari segi kos.

Siti Bainun cuti sakit 22 hari, bicara tangguh
Mahkamah Sesyen di sini akan menetapkan tarikh baharu bagi prosiding membela diri Siti Bainun Ahd Razali selepas pengasas Rumah Bonda itu diberi sijil cuti sakit (MC) selama 22 hari.

Gagal hadir ke mahkamah, wanita dera amah diberi peringatan terakhir
Mahkamah tidak akan berkompromi lagi kerana setiap kali ditetapkan untuk perbicaraan kes, Rozita Mohamad Ali, 46, tidak hadir atas alasan sama iaitu sakit asma dan lutut.

COVID-19: Rakyat Malaysia antara 690 kes baharu di Singapura
Singapura pada Rabu telah mengenal pasti lima kluster baharu iaitu di 11, Defu Lane 1; 106, International Road; 33, Senoko Way; 17, Shaw Road; dan 182, Taman Perindustrian Woodlands E5.

COVID-19: Jururawat New York perlu justifikasi cuti sakit atau dipotong gaji
Jururawat dan pekerja kesihatan yang bertugas di Pusat Perubatan Jacobi di New York menyatakan protes terhadap polisi baharu yang dilaksanakan di tengah kebimbangan krisis COVID-19, pada Jumaat.