SHAH ALAM: Majikan boleh memohon untuk meminda cuti sakit pekerja sekiranya perkara tersebut adalah isu besar dan mendatangkan kerugian kepada syarikat.
Pakar perundangan, Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, bagaimanapun perkara tersebut perlulah seimbang tanpa berat sebelah kepada mana-mana pihak.
“Cuti sakit pekerja ini boleh dipinda sekiranya terdapat ketidakpuasan hati majikan. Ia tiada masalah untuk usulkan kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM).
“Namun, selalunya kalau pin-daan, kementerian akan minta pandangan semua pihak termasuk majikan dan pekerja, barulah ia dimasukkan dalam Parlimen,” katanya kepada Sinar Ahad pada Sabtu.
Sebelum ini, Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Syed Hussain Syed Husman berpandangan kemudahan cuti sakit wajar dikaji semula kerana ia membebankan majikan dari segi kos.
Syed Hussain mendakwa, majikan di Malaysia berdepan kerugian sekitar RM5.05 bilion kesan daripada pekerja yang mengambil cuti sakit.
Susulan itu, Presiden Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), J Solomon berkata, kenyataan Presiden MEF itu menunjukkan majikan tidak berperikemanusiaan dan tidak menghormati nyawa pekerja.
Menurut Nik Ahmad, kerajaan perlu mengkaji semula cuti sakit berbayar di bawah Akta Kerja 1955 mengikut kategori umur pekerja.
Beliau mencadangkan bagi pekerja muda, cuti sakit wajar dikurangkan, sementara yang berusia, ia perlu dikekalkan atau ditambah.
“Apa yang majikan mahu adalah jumlah cuti sakit yang munasabah. Kalau muda, mereka tidak perlu 15 hari setahun. Mungkin umur muda sampai 40 tahun, ia dikurangkan kepada 10 hari sahaja.
“Bagi yang berusia, mungkin boleh dikekalkan atau dinaikkan setahun. Jadi, ini cara terbaik supaya cuti sakit tidak disalahgunakan.
“Ini adalah kerana saya lihat anak muda, mereka memang sangat jarang guna cuti sakit,” katanya.
Tambah beliau, antara lain, bagi mengurangkan penggunaan cuti sakit, majikan disarankan untuk memberikan bonus berdasarkan prestasi pekerja.
“Pada akhir tahun nanti, majikan perlu melihat prestasi dahulu untuk memberi bonus. Beri 100 peratus bonus kepada mereka yang benar-benar tunjuk prestasi baik termasuk yang kurang menggunakan cuti sakit.
“Ia secara tidak langsung menjadikan pekerja-pekerja lebih seronok untuk bekerja dan kurang mengambil cuti sakit,” jelas beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 05 2023

Majikan di Malaysia berdepan kerugian sekitar RM5.05 bilion kesan daripada pekerja yang mengambil cuti sakit. - Gambar hiasan
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Syarikat upah detektif buru kakitangan ambil 'MC palsu'
Ketidakhadiran tinggi menyebabkan Keluaran Negara Kasar (KDNK) Jerman berkurang sebanyak 0.8 peratus pada tahun 2023.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying cuti sakit selepas pembedahan
Pada 4 Okt 2024, Timbalan Menteri Kewangan telah menjalani pembedahan dan kini sedang menjalani proses pemulihan di kediaman beliau.

Jagdeep sambung cuti sakit hingga 9 Ogos
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo menyambung cuti sakit hingga Jumaat ini (9 Ogos) bagi rawatan lanjut.

Jagdeep jalani pemulihan, Chow sedia beri cuti lanjutan
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow sedia memberikan lanjutan cuti kepada Timbalan Ketua Menteri II Jagdeep Singh Deo yang ketika ini dalam fasa pemulihan dan sedang dalam perhatian doktor.

Perbicaraan ditangguh: Siti Nuramira demam, muntah dan kejang perut
Perbicaraan kes Siti Nuramira Abdullah yang didakwa mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam di Mahkamah Sesyen ditangguhkan hingga esok kerana wanita itu cuti sakit.

Cuti sakit pekerja boleh dipinda
Kemudahan cuti sakit wajar dikaji semula kerana ia membebankan majikan dari segi kos.

Siti Bainun cuti sakit 22 hari, bicara tangguh
Mahkamah Sesyen di sini akan menetapkan tarikh baharu bagi prosiding membela diri Siti Bainun Ahd Razali selepas pengasas Rumah Bonda itu diberi sijil cuti sakit (MC) selama 22 hari.

Gagal hadir ke mahkamah, wanita dera amah diberi peringatan terakhir
Mahkamah tidak akan berkompromi lagi kerana setiap kali ditetapkan untuk perbicaraan kes, Rozita Mohamad Ali, 46, tidak hadir atas alasan sama iaitu sakit asma dan lutut.

COVID-19: Rakyat Malaysia antara 690 kes baharu di Singapura
Singapura pada Rabu telah mengenal pasti lima kluster baharu iaitu di 11, Defu Lane 1; 106, International Road; 33, Senoko Way; 17, Shaw Road; dan 182, Taman Perindustrian Woodlands E5.

COVID-19: Jururawat New York perlu justifikasi cuti sakit atau dipotong gaji
Jururawat dan pekerja kesihatan yang bertugas di Pusat Perubatan Jacobi di New York menyatakan protes terhadap polisi baharu yang dilaksanakan di tengah kebimbangan krisis COVID-19, pada Jumaat.