Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan pelindung dan benteng terakhir masyarakat dalam memastikan negara ini benar-benar bebas daripada cengkaman rasuah dan salah guna kuasa.
Justeru, katanya, masyarakat harus memberi sokongan padu kepada usaha SPRM memerangi gejala tidak bermoral itu serta bersedia menjadi mata dan telinga agensi itu dalam melaporkan kegiatan jenayah rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku di kawasan masing-masing.
"Sokongan anda adalah sangat penting," katanya ketika berucap merasmikan Program Ziarah Kasih SPRM Siri 4/2017 di sini pada Ahad.
Sambil memuji program Ziarah Kasih cetusan idea Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad itu, Pairin berkata aktiviti kemasyarakatan itu merupakan satu inisiatif luar biasa yang perlu dicontohi ketua-ketua jabatan sama ada di peringkat persekutuan atau negeri.
Katanya, pendekatan berbentuk program kemasyarakatan itu membuktikan bahawa pegawai-pegawai agensi itu begitu bersungguh-sungguh untuk mendekati rakyat dalam usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa.
"SPRM sentiasa dilihat begitu dekat di hati masyarakat ... melalui program yang dianjurkan membuktikan badan itu bukanlah sebuah agensi yang menakutkan," katanya.
Pairin, Anggota Parlimen Keningau berkata, SPRM di bawah kepimpinan Dzulkifli dilihat sebagai sebuah agensi pencegahan yang proaktif dalam mengendalikan kes-kes berprofil tinggi sehingga digeruni serta menjadi igauan serta mimpi ngeri kepada kesemua perasuah di negara ini.
"... Saya mendoakan agar SPRM dan seluruh anggotanya diberikan kekuatan mental dan fizikal dalam mengharungi liku-liku cabaran dan dugaan sepanjang menjalankan tugas," katanya.
Program siri keempat dan merupakan yang pertama dilaksanakan di Sabah itu menggamit kehadiran ramai pengunjung dan disifatkan Pairin sebagai manifestasi sokongan rakyat kawasan pedalaman kepada SPRM untuk memerangi rasuah dan salah guna kuasa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2017
SPRM di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Dzulkifli Ahmad dilihat sebagai sebuah agensi pencegahan yang proaktif dalam mengendalikan kes-kes berprofil tinggi sehingga digeruni serta menjadi igauan serta mimpi ngeri kepada kesemua perasuah.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.
7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.
Kesetiaan kriteria utama dalam mencari ketua jurulatih beregu lelaki negara - Subramaniam
Mereka memerlukan seseorang yang mempunyai disiplin tinggi dan berdedikasi untuk membawa pemain badminton negara ke tahap lebih tinggi.
Bekas Pesuruhjaya SPRM 'intai' kerusi Parlimen Tasek Gelugor?
Tan Sri Dzulkifli Ahmad dikhabarkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Dzulkifli Ahmad tidak tolak kemungkinan sertai parti politik
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad tidak menolak kemungkinan menyertai mana-mana parti politik.
Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak tolak bertanding PRU15
Jika rakyat Tasek Gelugor mahu beliau bertanding, Dzulkifli bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.
Perbicaraan SRC: Wang masuk ke akaun Najib tidak semestinya bawa maksud kesalahan - Saksi
Saksi memberitahu, wang yang masuk ke akaun Najib tidak semestinya bermaksud satu kesalahan, jika dia tidak mengetahui mengenainya.
Pendedahan audio: Latheefa gembira dengan komitmen pihak polis
Latheefa Koya harap polis percepatkan siasatan berhubung rakaman audio yang dipercayai membabitkan beberapa individu termasuk bekas Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Bila saya tengok benda tu rasa macam nak nangis" - Transkrip perbualan dipercayai antara Dzulkifli Ahmad dan Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"You are the Prime Minister, you should take charge ..." - Audio rakaman dipercayai mirip suara Rosmah, Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara Najib Razak dan Rosmah Mansor berdasarkan rakaman perbualan yang didedahkan oleh SPRM.
SPRM dedahkan 9 rakaman audio 'mengejutkan' tentang dakwaan konspirasi
Klip audio berkaitan perbualan melibatkan isteri Najb, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, seorang tokoh asing dan beberapa individu lain.
9 rakaman dakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi didedah oleh SPRM
SPRM dedah sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi.
Siasatan pinda laporan audit 1MDB dijangka siap sebelum akhir tahun
SPRM menjangkakan kertas siasatan laporan Jabatan Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini untuk diserahkan kepada Peguam Negara.