PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan individu tersebut ialah Faidzul Abu Hassan, 50, yang alamat terakhirnya di C 30, Kampung Sri Kundang, Rawang, Selangor.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat, diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohammad Hafizaizad Abdul Rahimdi talian 03-55256500 dan 013-3609203 atau e-mel hafizaizad@sprm.gov.my.

-- BERNAMA