Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa mengambil tindakan berlandaskan asas yang ditemui oleh agensi berkenaan dan mempunyai kuasa untuk membekukan akaun Ibu Pejabat UMNO Pusat dan Selangor.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan membekukan akaun yang dilakukan SPRM itu adalah di bawah bidang kuasa agensi berkenaan.
"Saya tidak tahu dan belum menerima apa-apa laporan berhubung perkara itu (pembekuan akaun) tetapi apa-apa pun kalau ia di bawah SPRM, itu adalah tugas SPRM. Saya tidak boleh nak komen.
"Apa jua tindakan yang dilakukan oleh SPRM, ia tentunya ada asas-asas yang ditemukan oleh pihak SPRM," katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berkaitan pembekuan akaun Ibu pejabat UMNO Pusat dan Selangor yang didakwa Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
BACA: Ahmad Zahid dakwa akaun UMNO pusat, Selangor dibekukan SPRM
Muhyiddin dalam pada itu, turut menafikan dakwaan Ahmad Zahid yang mengatakan beliau akan mengarahkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) membatalkan pendaftaran UMNO sebagai sebuah parti.
Beliau berkata RoS berhak mengambil tindakan ke atas mana-mana pertubuhan yang didapati tidak mengikuti undang-undang selain gagal mematuhi peraturan mana-mana parti politik.
"Tidak elok untuk Datuk Seri Ahmad Zahid yang pernah berada di kedudukan itu (Menteri Dalam Negeri) bersangka buruk kerana mungkinkah sewaktu beliau berada di sana, beliau berbuat begitu dan mungkin beliau berfikir saya sama seperti beliau.
"Saya tidak sama macam beliau. Saya yakin dan percaya kita mesti bersikap profesional dalam membuat apa-apa siasatan dan jangan mudah menuduh. Kalau UMNO telah melakukan kesalahan, UMNO kena tahu perlembagaannya dan undang-undang serta apa yang perlu dibuat," katanya.
Terdahulu, Ahmad Zahid hari ini mendakwa, akaun Ibu Pejabat UMNO Pusat dan Selangor sudah pun dibekukan hari ini oleh SPRM manakala akaun UMNO Johor juga hampir pasti akan dibekukan SPRM dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 28 2018
Muhyiddin meninjau Kaunter Daftar Masuk di Kompleks, Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, 28 Jun, 2018. --fotoBERNAMA
Pemimpin Israel patut dihukum gantung
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan ICC yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Memasuki tahun kedua, program larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Laporan Khas: Kita perlu selamatkan lebah, bukan bunuh atau hapuskan
Kajian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati, saban tahun jumlah haiwan itu semakin berkurang, menimbulkan satu masalah baharu kepada dunia.
[TERKINI] Polis buru lelaki cabul kanak-kanak usia 12 tahun
Polis memburu seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan, iaitu anak asuhan kepada isterinya.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
AWANI Ringkas: USS Abraham Lincoln | Operasi pencarian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
9 sekeluarga terperangkap rumah atas air tiba-tiba roboh, tenggelam
Seramai sembilan sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak OKU berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Air, di Semporna tiba-tiba roboh dan tenggelam dalam air.
AWANI Borneo [23/11/2024] – Kerajaan MADANI | Air oh air | Regatta Lepa
AWANI Borneo Sabtu, 23 November 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.
TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izuddin juarai Terbuka Artik
Kebangkitan #FeiDin menyuntik semangat juang yang tinggi dan inspirasi buat kita semua, kata Ahmad Zahid.
Parlimen: Ahmad Zahid ingatkan MP BN bawa suara rakyat secara bertanggungjawab
Semua Ahli Parlimen BN diingatkan memainkan peranan mereka dengan berkesan pada sidang Parlimen kali ini yang bermula 14 Okt ini.