KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan bank wanita di Kuala Kangsar, Perak, yang meninggal dunia pada 5 Julai lalu, sempat memindahkan wang simpanan tetap milik pelanggan yang dipercayai dicurinya berjumlah lebih RM2 juta ke 11 akaun berlainan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, wang terbabit dikeluarkan daripada tiga akaun simpanan tetap pelanggan melibatkan 108 transaksi sejak 14 Februari 2023 hingga 24 Jun lalu.
"Wang tersebut dipindahkan ke 11 akaun milik kenalan, saudara selain syarikat dan didapati telah digunakan mereka.
"Siasatan masih dijalankan termasuk terhadap pemilik akaun terbabit mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ di sini pada Jumaat.
Pada 12 Julai, Sinar Harian melaporkan kehilangan wang yang didalangi kakitangan bank berusia 37 tahun itu terbongkar selepas satu laporan diterima pihaknya pada 9 Julai lalu.
Kegiatan kakitangan itu hanya terbongkar apabila dua orang pemilik akaun simpanan tetap terbabit hadir ke bank untuk membuat pengeluaran wang dari akaun simpanan tetap pada 27 Jun lalu.
Setelah semakan dibuat, didapati sebahagian daripada sijil akaun simpanan tetap milik mereka telah ditutup.
Berdasarkan siasatan oleh pihak bank, seorang kakitangan mereka disyaki telah membuat pengeluaran wang tersebut yang kemudian didepositkan ke beberapa akaun yang berbeza.
Bagaimanapun, kakitangan tersebut yang juga suspek utama kes ini telah meninggal dunia pada 5 Julai lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 25 2024
![Songlap RM2 juta: Kakitangan bank pindah wang ke 11 akaun sebelum meninggal Songlap RM2 juta: Kakitangan bank pindah wang ke 11 akaun sebelum meninggal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721899461_DatukSeriRamliMoh.jpg)
Ramli berkata, wang terbabit dikeluarkan daripada tiga akaun simpanan tetap pelanggan melibatkan 108 transaksi sejak 14 Februari 2023 hingga 24 Jun lalu. - Gambar fail
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Songlap RM2 juta: Kakitangan bank pindah wang ke 11 akaun sebelum meninggal Songlap RM2 juta: Kakitangan bank pindah wang ke 11 akaun sebelum meninggal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721899461_DatukSeriRamliMoh.jpg)
Songlap RM2 juta: Kakitangan bank pindah wang ke 11 akaun sebelum meninggal
Seorang kakitangan bank yang meninggal dunia pada 5 Julai lalu, sempat memindahkan wang simpanan tetap milik pelanggan yang dipercayai dicurinya berjumlah lebih RM2 juta.
![Curi RM24.2 juta dalam akaun: 10 termasuk pengurus bank didakwa Curi RM24.2 juta dalam akaun: 10 termasuk pengurus bank didakwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721881515_mahkamahkotakinab.jpg)
Curi RM24.2 juta dalam akaun: 10 termasuk pengurus bank didakwa
Seramai 10 individu termasuk pengurus bank yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan sindiket curi wang akaun simpanan tetap milik pelanggan didakwa di mahkamah.