MUAR: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) akan memasang Sistem Amaran Awal (EWS) di 20 taman ekorimba di seluruh negara yang berisiko dilanda fenomena, terutamanya kejadian tanah runtuh dan kepala air, susulan keadaan cuaca tidak menentu tahun ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Indera Mohd Ridza Awang berkata, buat permulaan, lapan alat EWS melibatkan kos RM3.2 juta akan dipasang, antaranya, di Taman Ekorimba Lata Iskandar, Perak; Kledang Saiong, Perak; Sungai Tua, Selangor dan Taman Ekorimba Sungai Pandan, Pahang.
Katanya, baki 12 alat pengesanan bencana itu akan dipasang di kawasan Taman Ekorimba berisiko di sekitar negeri Perak, Selangor dan Pahang, selewat-lewatnya akhir tahun ini.
"Sistem ini (EWS) akan dipasang di tempat strategik di kawasan yang berisiko berlaku fenomena kepala air dan apabila curahan hujan dalam keadaan luar biasa dan paras hujan tinggi, sistem ini akan membunyikan siren amaran," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara di Muar Traders Hotel, di sini, hari.
Mohd Ridza menjelaskan siren berkenaan berperanan untuk memberikan amaran kepada pengunjung, sekali gus memberi peluang dan masa kepada mereka untuk keluar dari kawasan yang berisiko itu.
"JPSM juga akan bersama dengan jabatan dan agensi lain di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) bagi mengenal pasti lokasi lain, selain Taman Ekorimba bagi pemasangan sistem EWS ini bagi mengelakkan kejadian di Baling, Kedah, berulang," katanya.
Sementara itu, ketika mengulas berkenaan ekspedisi saintifik yang dijalankan semenjak tahun 1999 itu, ia merupakan satu usaha penting untuk mengumpul data dan maklumat mengenai kepelbagaian biologi hutan di negera ini.
"Bagi ekspedisi terbaru yang dijalankan pada 14 hingga 17 April lepas, seramai 54 peserta terdiri daripada lapan universiti telah berjaya merekodkan 267 spesis flora dan 114 spesis fauna di Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara, Muar," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 09 2022

Sistem EWS akan dipasang di tempat strategik di kawasan yang berisiko berlaku fenomena kepala air. - Gambar fail/ Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Sistem amaran awal bencana di 20 taman ekorimba - Jabatan Perhutanan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) akan memasang Sistem Amaran Awal (EWS) di 20 Taman Ekorimba di seluruh negara yang berisiko dilanda fenomena.

127 ditahan, RM31.86 juta nilai sitaan dalam Operasi Bersepadu Khazanah
Seramai 127 orang termasuk pemburu haram ditahan dan nilai sitaan berjumlah RM31.86 juta termasuk hidupan liar yang dirampas hasil 11 siri Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dijalankan sepanjang ta

Dapatkan permit masuk hutan simpan kekal sebelum laku aktiviti
Berdasarkan maklumat diterima Jabatan Perhutanan, terdapat individu yang memasuki hutan simpan kekal tanpa permit.

Nyahwarta HSKLU: Kerajaan Selangor telah ambil kira semua aspek - Jabatan Perhutanan
HSKLU diklasifikasikan kawasan berisiko tinggi untuk terbakar oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada tahun 2016 dan mengalami kemerosotan akibat beberapa kali terbakar.

Lelaki ditahan bersama 22 biji durian Musang King
Lelaki berusia 42 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 itu ditahan atas kesalahan memasuki hutan simpan tanpa permit.

Tiada pembalakan di kawasan Taman Eco Rimba Puncak Janing - Jabatan Perhutanan
Kekeruhan sumber air itu adalah disebabkan oleh aktiviti penyelenggaraan dan pembersihan jalan balak lama yang sedang dilaksanakan.

3,000 hektar hutan simpan Perak diceroboh - MB
Pencerobohan memberi kesan terhadap kawasan hutan di Perak yang seluas 1.01 juta hektar, atau 48 peratus daripada 2.11 juta hektar keluasan tanah negeri.

Jabatan Perhutanan Kelantan rancang tambah senjata api untuk penguatkuasaan
Setakat ini, jabatan itu hanya mempunyai tiga pucuk pistol dan lima laras senapang patah yang didapati tidak mencukupi untuk kegunaan pegawai dan anggota.

Tiada aktiviti pembalakan pada musim tengkujuh - Perhutanan Kelantan
Jabatan Perhutanan Kelantan mengesahkan tiada aktiviti penerokaan tanah dan pembalakkan pada musim tengkujuh dan banjir baru-baru ini.

Pas tahunan percuma Hutan Lipur Ulu Kenas
Saarani turut menyambut baik cadangan mempromosikan keunikan tempat, budaya dan makanan popular di negeri ini menerusi program 'Moh Kenei Perak'.