GEORGE TOWN: Seramai 127 orang termasuk pemburu haram ditahan dan nilai sitaan berjumlah RM31.86 juta termasuk hidupan liar yang dirampas hasil 11 siri Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dijalankan sepanjang tahun ini di seluruh negara.
Ketua Pengarah Jabatan Taman Negara dan Hidupan Liar Semenanjung Malaysia (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata sebanyak 69 kertas siasatan telah dibuka dan 293 jerat hidupan telah dimusnahkan di lapangan sepanjang tempoh berkenaan.
"Tahun ini mencatatkan jumlah sitaan paling besar iaitu RM31.86 juta berbanding tempoh dua tahun lepas iaitu sebanyak RM4.25 juta, kejayaan ini adalah hasil OBK yang dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi lain antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Sepanjang tahun ini juga, sebanyak 56 kesan khemah warga asing dikesan di Hutan Simpan dan Taman negara, 19 kesan takikan serta tebangan pokok karas dan 2,352 lain-lain kesan pemburuan serta pencerobohan telah direkodkan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat OBK yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim dan Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir di sini hari ini.
Abdul Kadir berkata OBK telah dilaksanakan dalam beberapa fasa dan operasi rondaan sejak September 2019 bagi membanteras isu pencerobohan, pembalakan haram, mencuri hasil hutan negara dan pemburuan hidupan liar serta lain-lain kesalahan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
Katanya menerusi OBK sejak 2019 hingga tahun ini, sebanyak 39 siri operasi rondaan dengan 181 kertas siasatan telah dibuka melibatkan 350 tangkapan manakala 1,425 jerat hidupan liar dimusnahkan dan pasukan operasi juga merampas serta menyita 28 laras senjata api berlesen serta senjata api buatan sendiridaripada pemburu haram.
"Berdasarkan OBK, kami mendapati negara kita menjadi transit bagi beberapa hidupan liar terutama tenggiling yang dibawa masuk dari Indonesia sebelum ia diseludup keluar menerusi pengangkutan udara dan laut ke beberapa negara khususnya Vietnam dan China, tahun lepas sahaja kami rampas dua tan tenggiling,"katanya.
Beliau berkata siasatan juga mendapati mereka yang ditahan dalam OBK itu merupakan ahli-ahli sindiket manakala ketua mereka yang mempunyai rangkaian di luar negara ketika ini berada dalam radar pemantauan pasukan operasi.
Sementara itu, Mazlan berkata PDRM akan menubuhkan unit baharu iaitu Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar atau "Wildlife Crime Bureau" (WCB) yang berpusat di Bukit Aman, bagi membantu menyiasat jenayah-jenayah membabitkan sindiket penyeludupan hidupan liar.
Katanya unit itu akan ditubuhkan dalam tempoh terdekat dan pada masa ini kertas kerja mengenainya telah pun siap dan unit berkenaan akan dianggotai oleh 50 pegawai dan anggota polis.
"Unit WCB akan menggunakan kepakaran yang ada dalam pasukan polis bagi membantu Perhilitan menumpaskan sindiket yang mempunyai rangkaian penyeludupan hidupan liar termasuk bagi menyita akaun-akaun bank milik sindiket di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, PencegahanPembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 30 2021

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERLIHITAN) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim (tengah) pada sidang media selepas Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) hari ini. - Foto BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lindungi unsur nadir bumi, galian fokus baharu Operasi Bersepadu Khazanah
Segala khazanah negara perlu dipelihara dan dilindungi agar tidak diceroboh serta diterokai oleh pihak tidak bertanggungjawab.

151 ditahan, RM32.3 juta nilai sitaan dalam Operasi Bersepadu Khazanah - Perhilitan
Perhilitan merekodkan sebanyak RM32.3 juta nilai sitaan melalui Operasi Bersepadu Khazanah yang dilaksanakan dengan bantuan teknologi digital, sepanjang tahun lepas.

PDRM lumpuh sindiket pemburuan haram hidupan liar di Gua Musang
Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM303,000.

Tiga pemburu haram diberkas
Kesemua mereka yang merupakan warga tempatan ditahan kira-kira jam 7.30 petang.

127 ditahan, RM31.86 juta nilai sitaan dalam Operasi Bersepadu Khazanah
Seramai 127 orang termasuk pemburu haram ditahan dan nilai sitaan berjumlah RM31.86 juta termasuk hidupan liar yang dirampas hasil 11 siri Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dijalankan sepanjang ta

OBK di Sabah diteruskan, pastikan khazanah alam semula jadi dilindungi
Operasi mendapat maklum balas positif daripada orang ramai berikutan keberkesanannya dalam mencegah eksploitasi flora dan fauna Sabah.

KATS pandang serius pembunuhan kejam gajah pygmy di Kalabakan
KATS dengan kerjasama PDRM akan membantu Jabatan Hidupan Liar Sabah menjalankan siasatan dan menjejak penjenayah hidupan liar itu kerana kes ini melibatkan senjata api dan merupakan jenayah serius.