KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merekodkan sebanyak RM32.3 juta nilai sitaan melalui Operasi Bersepadu Khazanah yang dilaksanakan dengan bantuan teknologi digital, sepanjang tahun lepas.
Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi) Perhilitan Datuk Fakhrul Hatta Musa berkata ia melibatkan 109 kes yang turut menyaksikan 151 tangkapan dibuat, 270 jerat dimusnahkan dan 578 pengesanan aktiviti pemburuan atau pencerobohan.
"Pengaplikasian teknologi Unmanned Aerial Vehicle (UAV) atau dron dilakukan bagi memantau sebarang perubahan guna tanah dan mencegah aktiviti pencerobohan haram dalam kompleks Taman Negara, rizab hidupan liar dan kawasan tanah lembap (Wetlands) di bawah pengurusan Jabatan Perhilitan.
"Selain itu, penghasilan imej ortofoto melalui penggunaan teknologi dron, disokong kerja analisis menggunakan perisian pemprosesan imej serta Geographic Information System juga dilaksanakan bagi membantu perancangan dan pembangunan sesuatu kawasan perlindungan lebih berkesan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program temu bual eksklusif "Hari Hidupan Liar Sedunia" terbitan Bernama Radio hari ini.
Fakhrul berkata pengurusan kawasan perlindungan yang luas adalah sukar jika hanya bergantung kepada kaedah konvensional atau secara rondaan darat semata-mata bagi memantau aktiviti penggunaan atau perubahan guna tanah di sekitar kawasan perlindungan yang terlibat.
"Inovasi teknologi digital akan menjadikan pelaksanaan program pemuliharaan hidupan liar termasuk penguatkuasaan, penyelidikan, komunikasi, aktiviti in situ seperti pengesanan hidupan liar dan inventori serta analisa DNA lebih berkesan," katanya.
Semalam, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dalam perutusan sempena Hari Hidupan Liar Sedunia berkongsi tema sambutan tahun ini ialah "Connecting People and Planet: Exploring Digital Innovation in Wildlife Conservation".
Beliau menekankan kepentingan inovasi digital dan inisiatif terus diperkukuh dalam melindungi serta memulihara fauna dan flora liar yang merupakan khazanah negara yang amat berharga.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024

Perhilitan merekodkan sebanyak RM32.3 juta nilai sitaan melalui Operasi Bersepadu Khazanah yang dilaksanakan dengan bantuan teknologi digital, sepanjang tahun lepas.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Buaya di UniSZA kena tangkap
Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut pada jaring di kolam tadahan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kampus Besut, Tembila dekat sini pagi semalam.

Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak
Perangkap harimau yang dipasang Perhilitan Perak di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini pada 21 Jan, tidak akan dibuka.

Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang
Perhilitan menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung pemilikan ular sawa tanpa lesen sah.

Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.

Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.

Perhilitan terima aduan kehadiran 'Pak Belang' di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan
Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Kolam, Tanjung Rambutan.

Perhilitan tangkap harimau kumbang di Gua Musang
Perhilitan Kelantan berjaya menangkap seekor harimau kumbang di Kampung Gua, Paloh 1, Gua Musang.

Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.

APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.

Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.