Pegawai Pertahanan Awam Daerah Gua Musang Mohd Hanafi Mohd Bokri berkata pihaknya memerlukan kekuatan tiga anggota untuk menangkap haiwan sepanjang empat meter berkenaan.
Beliau berkata APM menerima aduan pada kira-kira 8 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati ular terbabit berada berhampiran rumah penduduk di kampung itu.
"Tiga anggota kami terpaksa bertarung selama 30 minit sebelum reptilia itu ditangkap dan operasi agak sukar kerana haiwan liar itu bertindak agresif dan mungkin kelaparan.
"Operasi tamat pada 9 malam manakala ular berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di kampung itu, di sini hari ini.
Mohd Hanafi berharap orang ramai terutamanya mereka yang tinggal di kawasan berhampiran hutan dan semak sentiasa berwaspada apabila tiba musim hujan kerana haiwan berbisa itu bersembunyi di kawasan tempat tinggal manusia.
-- BERNAMA