KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil kira kesemua aspek dalam membuat keputusan yang terbaik berkait penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).
Pengarah Perhutanan Negeri Selangor, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata cadangan penyahwartaan itu juga telah melalui proses yang teliti oleh Jawatankuasa Penyiasatan Awam selaras dengan Kaedah-Kaedah Penyiasatan Awam (Selangor) 2014.
"Hasil kajian pakar perunding yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu UPM Consultancy & Services Sdn. Bhd. pada tahun 2020 turut digunakan dalam pertimbangan penyahwartaan HSKLU.
"Berdasarkan kajian perunding tersebut, didapati nilai biodiversiti HSKLU dan kawasan-kawasan gantian adalah hampir sama.
"Kerajaan Negeri Selangor masih mengekalkan kira-kira 46 peratus daripada kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU), Mukim Tanjung Duabelas, Daerah Kuala Langat sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK).
"Hal ini adalah berdasarkan kepentingan fungsi HSKLU tersebut sebagai hutan paya gambut yang unik dan lain- lain faktor seperti peninggalan kampung orang asli lama dan kubur nenek moyang orang asli suatu ketika dahulu," katanya dalam satu kenyataan , di sini hari ini.
Justeru katanya, Hutan Paya Gambut di Mukim Sungai Panjang yang mempunyai jenis sama dengan HSKLU telah dijadikan sebagai kawasan gantian.
Selain itu, beliau menjelaskan,HSKLU merupakan hutan yang telah terpisah daripada kompleks hutan utama dan mengalami tekanan pembangunan tanah tepu bina di sekelilingnya seperti lebuhraya SKVE, Bandar Saujana Putra, Gamuda Cove dan perkampungan orang asli.
"HSKLU ini juga telah diklasifikasikan sebagai kawasan yang berisiko tinggi untuk terbakar oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada tahun 2016 dan mengalami kemerosotan (degradasi) akibat beberapa kali terbakar pada tahun 2012, 2013, 2014, 2017 dan 2021.
"Kerajaan Negeri Selangor turut mengenakan beberapa syarat kepada pemaju Gabungan Indah Sdn. Bhd. yang telah diluluskan pemberimilikan di kawasan nyahwarta HSKLU pada tahun 2021," katanya.
Antara syarat yang dikenakan adalah keperluan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA), Kajian Impak Sosial (SIA) dan lain-lain syarat yang berkaitan termasuklah pengekalan sebanyak 20 peratus daripada kawasan pembangunannya sebagai kawasan hijau serta keperluan translokasi spesies-spesies flora dan fauna yang berkepentingan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata kerajaan Selangor bersetuju menyahwartakan 536.7ha Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) untuk dibangunkan.
Katanya, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Exco pada 5 Mei lalu berdasarkan Seksyen 12 Akta Perhutanan Negara 1984.
Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang diwartakan pada 13 Mei 1927, terletak di mukim Tanjung 12, daerah Kuala Langat mula menjadi perhatian umum susulan notis penyiasatan awam di bawah Seksyen 11 Akta Perhutanan Negara Enakmen (Pemakaian) 1985 (Subkaedah 7(2)) oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada awal tahun lalu.
Malah, usaha untuk membangunkan tanah kawasan tersebut dibantah hebat NGO alam sekitar dan masyarakat Orang Asli.
Astro Awani
Wed Sep 01 2021
HSKLU diklasifikasikan kawasan berisiko tinggi untuk terbakar oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada tahun 2016 dan mengalami kemerosotan akibat beberapa kali terbakar. - Foto Jabatan Perhutanan Selangor
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Proses pewartaan semula HSKLU sudah dimuktamadkan - MB Selangor
Isu pewartaan semula tersebut dianggap sudah selesai dan pelaksanaannya akan dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS).
Selangor nafi keluar notis nyahwarta HSKLU untuk pembangunan
Kerajaan Selangor menafikan telah mengeluarkan notis penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) untuk tujuan pembangunan bercampur di kawasan tersebut.
Kerajaan Selangor mulakan proses mewartakan semula HSLKU - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor akan memulakan proses mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara.
HSKLU bukan hutan rosot, henti keluar kenyataan tidak benar - PHSKLU
Pada 2016, sebanyak 10,000 batang pokok ditanam menerusi usaha membabitkan masyarakat Orang Asli, Jabatan Perhutanan dan pemilik tanah berdekatan termasuk Boh Plantation Estate dan Gamuda Cove.
Raja Muda Selangor nafi ada kaitan dengan pemaju Hutan Simpan Kuala Langat Utara
Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menafikan sebarang hubungan dengan mana-mana pemaju yang terlibat dalam projek pembangunan di Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).
Sisa-sisa kawasan hutan di Selangor patut dipulihkan semula dan dipelihara - Dr Ibrahim Komoo
Selangor sudah sedia maju dan tidak perlu pembangunan lagi, sebaliknya perlu memanfaatkan pendapatan besarnya untuk memulihkan dan memelihara kawasan hijau yang masih ada di negeri itu.
Nyahwarta HSKLU: Kerajaan Selangor telah ambil kira semua aspek - Jabatan Perhutanan
HSKLU diklasifikasikan kawasan berisiko tinggi untuk terbakar oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada tahun 2016 dan mengalami kemerosotan akibat beberapa kali terbakar.
Nyahwarta HSKLU: Masih banyak penelitian perlu dilakukan - Aktivis alam sekitar
Pada awal Februari 2020, Kerajaan Negeri Selangor mengemukakan cadangan menyahwartakan 931.17 hektar daripada 957.63 hektar keluasan HSKLU.
MB Selangor diminta beri penjelasan keputusan nyahwarta HSKLU - Anwar Ibrahim
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari diminta memberi penjelasan tentang keputusan Kerajaan Negeri untuk menyahwartakan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).
Hutan Simpan Kuala Langat Utara: Gabungan PHSKLU mungkin ambil tindakan undang-undang
Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Suresh Kumar Balasubramaniam berkata gabungan PHSKLU telah mengadakan perbincangan dengan peguam mereka berhubung perkara tersebut.