KOTA BHARU:Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) merancang menambah senjata api bagi tujuan penugasan dan penguatkuasaan dalam membanteras kegiatan pencerobohan hutan simpan.
Pengarahnya Abdul Khalim Abu Samah berkata setakat ini jabatan itu hanya mempunyai tiga pucuk pistol dan lima laras senapang patah yang didapati tidak mencukupi untuk kegunaan pegawai dan anggota dalam menjalankan penugasan khususnya di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) seluas 629,775.13 hektar.
Katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah mengeluarkan 17 lesen senjata api kepada jabatan itu sejak dua tahun lepas.
"Justeru kita berhasrat membeli senjata api tambahan untuk dibekalkan kepada semua pemegang lesen yang ada. Kita berharap dengan pembelian itu tugas-tugas penguatkuasaan bagi membanteras pencerobohan hutan dapat dilakukan dengan lebih berkesan," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.
Beliau, bagaimanapun, berkata kesemua peruntukan bagi pembelian senjata api itu bergantung kepada peruntukan oleh kerajaan negeri.
Jelasnya, terdapat 37 HSK di negeri ini merangkumi bahagian Kelantan Selatan di Gua Musang, Kelantan Barat di Tanah Merah dan Kelantan Timur di Machang.
"Sejak lima tahun lepas kita dapati 16 daripada 37 HSK di Kelantan diceroboh pembalak haram bagi mendapatkan kayu bernilai tinggi. Daripada 16 kawasan yang diceroboh itu, kebanyakannya berlaku di jajahan bahagian timur Kelantan," katanya.
Beliau turut berkata tahun lepas pihaknya berjaya mengesan 27 kes pembalakan haram di negeri ini yang mendatangkan kerugian berjuta-juta ringgit selain kemusnahan alam sekitar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 14 2021

HSK Chabang Tongkat berlaku aktiviti pencerobohan pembalak haram dalam skala kecil melibatkan penduduk tempatan yang menebang balak berdasarkan permintaan. - Gambar fail BERNAMA
Pemukiman Menteri Ekonomi fokus pengukuhan integrasi dagangan
Pengukuhan integrasi ekonomi serantau menjadi agenda utama Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN tahun ini.
Meta Platforms dilapor bangunkan projek bernilai 200 bilion dolar
Meta Platforms dalam perbincangan membangunkan pusat data baharu bagi projek kecerdasan buatannya bernilai lebih 200 bilion Dolar.
Japan Post rancang jual pegangan dalam Japan Post Bank
Japan Post Holdings merancang menjual sahamnya dalam Japan Post Bank dianggarkan berjumlah kira-kira 600 bilion Yen bersamaan 4.02 bilion dolar Amerika.
Pasaran harta tanah 2024 rekod prestasi luar biasa
Pasaran harta tanah pada 2024 merekodkan prestasi luar biasa dengan bilangan dan nilai transaksi harta tanah mencecah rekod tertinggi sepanjang tempoh sedekad.
Maybank yakin pertumbuhan malaysia signifikan
Dalam sidang media berkaitan, presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Khairussaleh Ramli berkata Malaysia bakal merekodkan pertumbuhan signifikan bagi tahun 2025.
BPMB sedia pembiayaan projek rumah mampu milik di Pulau Pinang
Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) memeterai perjanjian Kemudahan Pembiayaan Tawarruq berjumlah RM18.5 juta bersama Firma Atasan Sdn Bhd bagi menyokong fasa pertama Projek Perumahan Mampu Milik Juru Hills di Pulau Pinang.
Pemberhentian Khalijah tidak jejas keyakinan pelabur, pemegang taruh
Dalam pada itu, Datuk Khairussaleh berkata, penamatan khidmat Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Maybank Khalijah Ismail tidak akan menjejaskan keyakinan pelabur dan pemegang taruh.
Maybank catat rekod keuntungan bersih RM10.09 bilion
Kumpulan Maybank mengumumkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 7.9 peratus kepada rekod RM10.09 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

PM Anwar bidas pihak nasihat beliau 'jangan berjalan banyak sangat'
Beliau menjelaskan bahawa Malaysia memerlukan pelaburan untuk menyelesaikan masalah pekerjaan dan meningkatkan keupayaan ekonomi negara serta rakyatnya.

Dua maut akibat mesin meletup, JKKP keluar notis larangan kerja
Larangan berkaitan aktiviti kerja di mesin centrifugation serta pengoperasian di seluruh lokasi kemalangan di kilang terbabit berkuat kuasa sehingga siasatan selesai.

Semua taman hutan di Kedah ditutup sementara
Semua kawasan terbabit termasuk Taman Eko Rimba (TER), Hutan Taman Negeri (HTN) dan kawasan pendakian dalam HSK.

SPRM masih siasat dakwaan ceroboh balak di HSK Nenggiri
Suruhanjaya tersebut kini sedang meneliti maklumat berkenaan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Jabatan Perhutanan Kelantan rancang tambah senjata api untuk penguatkuasaan
Setakat ini, jabatan itu hanya mempunyai tiga pucuk pistol dan lima laras senapang patah yang didapati tidak mencukupi untuk kegunaan pegawai dan anggota.

Jabatan Perhutanan Kelantan pandang serius dakwaan pembalakan haram
Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) memandang serius dakwaan aktivis alam sekitar mengenai aktiviti pembalakan dan perlombongan haram di Kelantan yang dikatakan pada tahap serius.

Kedah tumpas sindiket tebang hutan secara haram
Empat lelaki tempatan berumur di antara 23 hingga 48 tahun turut ditahan secara berasingan dalam Operasi Khas Penguatkuasaan Hutan itu.