KUANTAN: Sindiket perjudian haram di daerah ini dikesan menggunakan premis perniagaan seperti kedai runcit dan kedai telefon bagi menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang.
Itu antara premis yang didapati telah menjalankan operasi perjudian haram selepas pihak polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, JSJ Ibu Pejabat Kontinjen Pahang dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan menjalankan OP Dadu di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, premis perniagaan itu digunakan bagi memudahkan pelanggan berurusan dengan ejen atau operator perjudian.
Menurutnya, hasil serbuan itu, seramai 21 individu ditahan dalam operasi membanteras aktiviti perjudian di 21 lokasi berasingan di daerah ini.
"Daripada jumlah berkenaan seramai 11 suspek merupakan lelaki dan selebihnya suspek wanita telah ditahan.
"Kesemua suspek berusia 17 hingga 52 tahun itu telah direman bermula hari ini sehingga 16 Januari ini," katanya pada Ahad.
Wan Mohd Zahari memaklumkan polis berjaya merampas pelbagai jenis telefon bimbit, mesin pencetak dan wang tunai berjumlah RM5,319.
Tambahnya, semua suspek berdepan tindakan mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 14 2024

Premis perniagaan yang didakwa menjalankan aktiviti perjudian dalam daerah Kuantan. - Foto/ Polis Kuantan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PDRM serah 4 anggota sindiket judi kepada polis Singapura
Empat warga Singapura yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terlibat sindiket pertaruhan judi haram pada 1 Julai lepas, hari ini diserahkan kepada Singapore Police Force (SPF).

Sindiket judi berselindung di sebalik kedai runcit, telefon tumpas
Sindiket perjudian haram di daerah ini dikesan menggunakan premis perniagaan seperti kedai runcit dan kedai telefon bagi menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang.

Tujuh ditahan terlibat judi dalam talian raih keuntungan RM3 juta sebulan
Pemeriksaan polis mendapati sebuah unit kondominium dijadikan 'calling centre' sindiket judi dalam talian.

6,381 laman sesawang judi dalam talian disekat - MCMC
MCMC memberitahu tindakan menyekat itu diambil berdasarkan kepada permohonan rasmi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jangan 'petik' nama atasan PDRM untuk bebas lakukan kegiatan tidak bermoral
Sindiket judi dalam talian disyaki sengaja mengadakan cerita bahawa telah mendapatkan kebenaran beroperasi daripada pihak atasan PDRM.

Polis tumpas sindiket judi warga Korea Selatan, babit taruhan RM87 juta
Polis menumpaskan satu sindiket perjudian dalam talian melibatkan warga Korea Selatan dengan penahanan 10 lelaki termasuk seorang warga tempatan.

Judi mesin slot: 'Datuk Seri' antara 19 individu ditahan
Seorang lelaki bergelar 'Datuk Seri' antara 19 individu ditahan polis di sekitar Lembah Klang dari 17 hingga 20 Mei lepas dalam operasi memerangi kegiatan judi mesin slot.

'Jangan ambil duit raya' - Ayob Khan
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengingatkan pegawai dan anggota polis di negeri ini supaya tidak meminta atau menerima duit raya daripada mana-mana pihak.

47 rakyat Malaysia jadi tahanan di Kemboja
Hasrat 47 warga Malaysia mencari pekerjaan di Kemboja bertukar menjadi mimpi ngeri apabila ditahan pihak berkuasa negara itu kerana disyaki terlibat sindiket judi dalam talian.

Polis tahan lelaki anjur judi pertaruhan Piala Euro 2016
Polis berjaya menumpaskan sindiket judi pertaruhan bola sepak Piala Euro berikutan penahanan seorang lelaki di sebuah kedai makan di Taman Selamat.