GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket perjudian dalam talian yang mampu mengaut keuntungan sehingga RM3 juta sebulan selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita dalam siri serbuan di sekitar negeri itu, bermula Jumaat hingga Ahad lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata, polis menyerbu sebuah kondominium di Bayan Baru pada 9 malam Jumaat dan menahan empat lelaki bersama seorang wanita di situ, hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan.
"Pemeriksaan di rumah itu mendapati unit kondominium tersebut dijadikan calling centre sindiket judi dalam talian dan lima individu yang ditahan merupakan operator (judi dalam talian) bagi sindiket tersebut, seterusnya polis menyerbu sebuah rumah lagi di kawasan sama namun tiada penghuni di situ.
"Dalam dua serbuan itu, polis merampas pelbagai peralatan digunakan sindiket untuk menjalankan kegiatan judi dalam talian antaranya 34 buah telefon bimbit, komputer riba, komputer, modem, dan router wifi. Lima suspek yang ditahan menerima upah RM1,600 hingga RM2,000 sebulan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya, polis seterusnya menahan seorang lelaki di kawasan Butterworth, dekat sini pada 11 malam Sabtu dan seorang lagi suspek juga lelaki di Perai, dekat sini pada 7.30 malam Ahad, kedua-duanya dipercayai anggota sindiket judi dalam talian tersebut.
Khaw berkata berdasarkan siasatan, polis mendapati sindiket judi dalam talian itu telah beroperasi kira-kira sebulan lepas dan mampu menjana pendapatan RM100,000 sehari hingga RM3 juta sebulan.
Beliau berkata susulan penahanan tujuh individu warga tempatan itu, polis turut merampas wang tunai sebanyak RM15,200 dan lima buah kereta mewah antaranya Toyota Velfire serta Mercedes-Benz dan empat motosikal yang kesemuanya bernilai RM900,000.
''Siasatan juga mendapati sindiket itu menggunakan aplikasi seperti Telegram, WeChat dan WhatsApp untuk mempromosi pelbagai permainan perjudian secara dalam talian menggunakan telefon, sasaran mereka bukan sahaja pelanggan dari dalam negara namun dari negara-negara jiran juga," katanya.
Menurutnya, polis percaya terdapat tiga lagi individu termasuk ketua sindiket yang masih bebas dan usaha giat dijalankan untuk mengesan mereka dipercayai masih berada dalam negara.
''Kesemua mereka yang ditahan itu tidak bekerja dan kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan.Kes tersebut disiasat menurut Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2023

Datuk Khaw Kok Chin (tiga, kanan) menunjukkan barang rampasan ketika mengadakan sidang media berhubung kes perjudian atas talian dan judi lumba kuda di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri hari ini. - Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis bongkar makmal haram proses cecair vape mengandungi dadah di Seri Kembangan
Tujuh suspek termasuk lima lelaki warga asing ditahan dalam serbuan melibatkan JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.

Datuk rugi RM26.6 juta ditipu skim pelaburan kripto
Lelaki berusia 74 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan tersebut selepas membuat carian di Google.

Polis bongkar taktik sindiket sembunyi dadah dalam but kereta
Dalam serbuan pertama di parkir sebuah kondominium, polis merampas 4.12 kilogram (kg) dadah yang disembunyikan dalam ruangan but kereta.

25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.

Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.

Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
Risikan awal mendapati ketika kejadian suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud
Mangsa berusia 42 tahun mula menyertai pelaburan berkenaan sejak Julai tahun lepas setelah melihat iklan di Facebook.

Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.

Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.