Hasrat 47 warga Malaysia mencari pekerjaan di Kemboja bertukar menjadi mimpi ngeri apabila ditahan pihak berkuasa negara itu kerana disyaki terlibat sindiket judi dalam talian.
Berdasarkan maklumat, 44 yang ditahan itu berasal dari Sarawak dan berusia antara 18 hingga 20 tahun.
Kesemua mereka berlepas ke Kemboja pada 9 Disember dan ditahan pada 11 Disember di sebuah rumah di Poipet, Banteay Mancheay di pinggir Phnom Penh.
Menurut Ahli Parlimen Julau, Larry Sng, urusan pengambilan dan penghantaran mangsa diuruskan sebuah agensi yang menjanjikan gaji sehngga AS$1,500 (RM6,115), dan sebagai cagaran mereka perlu membayar AS$200 (RM815).
“Kebanyakan mereka masih muda, dalam lingkunan 18 hingga 20 tahun dan telah dijanjikan pekerjaan dengan gaji lumayan oleh sindiket penipuan ini.
“Apabila mereka tiba di Kemboja, mereka ditempatkan di sebuah kediaman persendirian, dan selepas beberapa minggu mereka tidak diberikan pekerjaan dan mereka mula resah.
“Mereka kemudian ditahan polis pula atas kegiatan perjudian dalam talian yang mana mereka nafi terlibat,” katanya kepada pemberita.
Sementara itu, salah seorang mangsa yang ditahan di Kemboja dikenal pasti sebagai Yusuf Islam, berusia 21 tahun.
Menurut ibunya, Zunita Sedini, 42 tahun, beliau berharap anaknya pulang ke pangkuan keluarga.
“Dia ada hubungi saya, kali terakhir dia kata mummy saya kena tahan dua minggu lepas kena. Itu sahaja.
Dia tak ada bagitahu tolong kami 47 orang yang ditahan . Dia hubungi saya sekitar 7 malam dan kami berbual lima minit sahaja.
Sehubungan itu Zunita memohon campur tangan kerajaan untuk membawa pulang kesemua mangsa penipuan itu.
Rohana Wahed
Thu Feb 07 2019

Kebanyakan mereka masih muda, dalam lingkunan 18 hingga 20 tahun dan telah dijanjikan pekerjaan dengan gaji lumayan oleh sindiket penipuan ini. - Sumber foto: media sosial

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Larry Sng gesa Bukit Aman banteras kegiatan gengsterisme di Julau
Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng menggesa Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk bertindak keras terhadap kegiatan gengsterisme berleluasa yang telah menjadikan kawasannya sebagai 'Wild Wild West'.

Bapa Larry Sng diisytihar muflis
Sng Chee Hua pernah memegang jawatan sebagai ADUN Pelagus dari tahun 1991 hingga 2001.

PRS tidak akan ulangi kesilapan lama, terima Larry Sng - Masing
Parti Rakyat Sarawak (PRS) tidak akan bekerjasama dan membuka ruang untuk Ahli Parlimen Julau, Larry Sng untuk menyertai kembali jentera parti itu.

AMK Sarawak kutuk tindakan Larry Sng tinggalkan PKR
Tindakan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien yang meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dan keluar parti disifatkan sebagai tidak bermaruah.

Langkah Larry Sng 'lemahkan' Anwar Ibrahim
Larry yang menyertai Parti Keadilan Ralyat (PKR) pada 2018 merupakan ahli politik yang cukup pengalaman.

PKR pecat keahlian Larry Sng, Steven Choong serta-merta, kaji tindakan mahkamah
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil keputusan untuk memecat Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong sebagai anggota Keadilan berkuatkuasa serta-merta.

PN di landasan tepat, keputusan keluar parti demi rakyat - Larry Sng, Steven Choong
Ini masa terbaik dalam memberi sokongan kepada PN selain Larry berharap lebih banyak pemimpin pembangkang lain melakukan perkara sama.

Tiada niat halang Ahli Parlimen Julau kembali ke Sarawak - James Masing
Ahli Parlimen juga di bawah senarai perkhidmatan penting yang mengecualikan daripada kuarantin dengan syarat.

Wakil Malaysia berangkat untuk temui 47 yang ditahan di Kemboja
Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap pada 8 pagi waktu tempatan nanti, rombongan yang turut disertai seorang pegawai perubatan akan menempuh perjalanan darat selama 2 jam.

47 rakyat Malaysia jadi tahanan di Kemboja
Hasrat 47 warga Malaysia mencari pekerjaan di Kemboja bertukar menjadi mimpi ngeri apabila ditahan pihak berkuasa negara itu kerana disyaki terlibat sindiket judi dalam talian.