Polis berjaya menumpaskan sindiket judi pertaruhan bola sepak Piala Euro yang sedang berlangsung sekarang ini berikutan penahanan seorang lelaki di sebuah kedai makan di Taman Selamat, di sini Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Rusli Mohd Noor berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis yang sedang menjalankan pemantauan aktiviti perjudian bola sepak Piala Euro 2016 telah membuat pemeriksaan ke atas premis berkenaan.
"Dalam serbuan pada 11.50 malam itu, terdapat seorang lelaki berusia 43 tahun berada di kedai makan berkenaan dalam keadaan mencurigakan.
"Pemeriksaan awal polis menemui sebuah telefon bimbit, sebuah pager, surat khabar yang tercatit jadual perlawanan bola sepak Piala Euro bersama lelaki yang bekerja sendiri itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata lelaki berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut kerana disyaki menganjurkan judi pertaruhan bola sepak Piala Euro 2016.
Rusli berkata polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu mempunyai beberapa rangkaian lain bagi menganjurkan judi pertaruhan berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Katanya, polis turut merampas wang tunai sebanyak RM950 dari lelaki berkenaan dan suspek dipercayai mengaut keuntungan ribuan ringgit bagi setiap perlawanan bola sepak berkenaan.
"Dia dipercayai menganjurkan pertaruhan melalui telefon bimbit dengan menghubungi mereka yang ingin berjudi bagi perlawanan bola sepak yang sedang berlangsung," katanya.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953.
Bernama
Sat Jun 18 2016

RUSLI: Dalam serbuan pada 11.50 malam itu, terdapat seorang lelaki berusia 43 tahun berada di kedai makan berkenaan dalam keadaan mencurigakan. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis tahan lelaki anjur judi pertaruhan Piala Euro 2016
Polis berjaya menumpaskan sindiket judi pertaruhan bola sepak Piala Euro berikutan penahanan seorang lelaki di sebuah kedai makan di Taman Selamat.

Lelaki curi telefon bimbit maut dipukul
Seorang penganggur yang cedera parah dipukul orang ramai kerana mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang pemandu lori Jumaat lepas, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam (HBM)hari ini.