JOHOR BAHRU: Polis menumpaskan satu sindiket perjudian dalam talian melibatkan warga Korea Selatan dengan penahanan 10 lelaki termasuk seorang warga tempatan dalam serbuan ke atas dua unit banglo di Iskandar Puteri pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata sindiket itu yang dipercayai telah menerima taruhan berjumlah RM87 juta sejak beroperasi dua tahun lalu, menyasarkan warga Korea Selatan di negara berkenaan.
Katanya ini kali pertama polis menumpaskan sindiket perjudian dalam talian membabitkan warga Korea Selatan di negeri itu dan mereka dipercayai menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi atas faktor kos operasi yang murah dan jaringan Internet serta kawalan keselamatan yang baik.
"Hasil siasatan awal mendapati sindiket ini telah menipu kira-kira 1,500 mangsa sebulan melibatkan nilai taruhan harian judi sekurang-kurangnya RM1 juta," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Katanya siasatan mendapati kesemua transaksi kewangan dimasukkan ke akaun bank berpusat di Korea Selatan.
Mengulas lanjut, beliau berkata semua sembilan warga asing tersebut dipercayai berperanan sebagai operator operasi perjudian sementara rakyat tempatan itu pula bertindak sebagai 'runner' yang menjaga kebajikan sembilan warga Korea Selatan berkenaan.
Siasatan mendapati dua daripada warga Korea Selatan itu memasuki Malaysia pada Disember 2019, sementara selebihnya pada Februari tahun lepas, katanya.
Ayob Khan berkata lelaki tempatan itu pula didapati mempunyai dua rekod lampau di bawah Seksyen 39(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Turut dirampas dalam dua serbuan pada 5 petang itu ialah enam set komputer, empat komputer riba, 13 buah telefon bimbit, lapan keping kad ATM, empat unit iPad serta wang tunai berjumlah RM36,168 dan 7,779,00 won.
Kesemua suspek berusia 29 hingga 66 tahun terbabit direman bermula semalam dengan sembilan warga asing itu direman selama 14 hari, sementara lelaki tempatan tersebut pula selama tiga hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 4 (1) (G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 15 (1) (C)Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Kawasan Tempatan Dijangkiti) 2021.
Mengulas perkembangan kes Geng Nicky, beliau berkata pihaknya sedang memperkemas kertas siasatan termasuk menunggu pernyata kewangan daripada beberapa bank.
"... ini kerana kes ini besar dan transaksi pula banyak melibatkan akaun-akaun personal, syarikat dan sebagainya jadi ia akan makan masa sedikit," katanya.
Mengenai keberadaan suspek utama Nicky Liow Soon Hee, Ayob Khan berkata setakat ini tiada maklumat baharu diperoleh daripada Polis Antarabangsa (Interpol).
Pada 20 April lepas, Interpol dilaporkan telah mengeluarkan 'notis merah' terhadap Liow yang dipercayai dalang sindiket 'Geng Nicky' dan sehari selepas itu, ke atas pembantunya Niu Zhe, 31, warga China.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 07 2021

Ayob menunjukkan gambar antara suspek yang ditahan dalam serbuan di dua unit banglo di Iskandar Puteri pada Sabtu lepas. - Gambar/ Facebook Polis Johor

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pencemaran bau kimia: Polis tahan pemandu, kelindan lori di Johor
Polis Johor menahan dua lelaki yang juga pemandu serta kelindan lori yang disyaki terlibat dalam kes pencemaran bau kimia di sekitar daerah ini, sejak awal bulan ini.

Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.

Polis Johor kutip RM1.38 juta bayaran saman dalam tiga hari
Sebanyak RM1.38 juta kutipan bayaran saman trafik diperoleh sepanjang tiga hari Program Ramah Mesra Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor bersama Brother Motor yang berakhir hari ini.

Seludup diesel bersubsidi, sembilan individu ditahan bersama rampasan bernilai RM281,494
Kesemua suspek terdiri lapan lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing, berumur 20 hingga 41 tahun.

Polis serbu sarang penagihan dadah, 43 individu ditahan
Kesemua penagih itu dipercayai menjadikan beberapa lokasi sekitar Felda berkenaan sebagai tempat untuk melepaskan gian.

Polis Johor ubah suai corak tugasan sempena Aidilfitri
Polis Johor perkemas corak tugasan pegawai dan anggotanya bagi memastikan sambutan Aidilfitri di negeri ini berjalan dengan lancar.

Aktiviti perjudian dalam talian: Bekalan elektrik 23 premis dipotong
Op Bersepadu JOL dijalankan sebagai langkah dan usaha untuk membanteras kegiatan perjudian di negeri itu.

Taktik penyamun bakar mercun sebelum samun kedai emas gagal
Lelaki itu ditahan di tempat kejadian selepas pihak polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian berkenaan.

Sindiket ketum diketuai bekas penjawat awam tumpas
Dua serbuan susulan di sekitar Kulai dan Johor Bahru turut menahan 12 yang lain termasuk lapan penjawat awam.

Tiada laporan diterima berhubung dakwaan bekas pekerja ATA IMS dipukul polis
Pekerja terbabit mendakwa dipukul semasa disoal siasat kerana berkongsi maklumat mengenai keadaan kilang.