ISKANDAR PUTERI: Sebanyak RM1.38 juta kutipan bayaran saman trafik diperoleh sepanjang tiga hari Program Ramah Mesra Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor bersama Brother Motor yang berakhir hari ini.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata jumlah kutipan itu melibatkan 12,799 saman, dengan Muar antara daerah mencatatkan bayaran saman tertinggi iaitu RM192,020, diikuti Batu Pahat RM170,880 dan Johor Bahru Selatan RM141,370.
"Melalui program ini kita juga beri kemudahan khususnya kepada warga Singapura untuk membayar saman di semua balai trafik daerah.
"Setakat ini, sebanyak 26 saman berjumlah RM5,300 telah dibayar oleh warga Singapura dan kita akan terus mengalakkan mereka membayar saman, begitu juga kepada rakyat Johor," katanya pada sidang media sempena Majlis Penutup Program Ramah Mesra PDRM Johor bersama Brother Motor di Puteri Harbour di sini hari ini.
Beliau berkata sejak 2018 hingga Ogos lepas, sebanyak 2.23 juta saman dengan anggaran nilai RM340 juta direkodkan polis Johor membabitkan pelbagai kesalahan trafik dan daripada angka itu 109,758 saman melibatkan pemandu warga Singapura.
Kamarul Zaman berkata menerusi program itu orang ramai berpeluang menerima pengurangan saman sebanyak 50 peratus di Balai Trafik di semua Ibu Pejabat Polis Daerah di negeri ini bermula 30 Sept hingga hari ini.
Mengenai program konvoi tersebut, beliau berkata seramai 30 pegawai dan anggota polis Johor telah bermotosikal sejauh 734 kilometer mengelilingi negeri ini dan berhenti di 10 lokasi awam untuk menyantuni masyarakat selain memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Menurutnya sambil beramah-mesra mereka turut memberikan nasihat kepada penunggang motosikal agar lebih berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 02 2022

Kamarul Zaman berkata jumlah kutipan itu melibatkan 12,799 saman, dengan Muar antara daerah mencatatkan bayaran saman tertinggi iaitu RM192,020, diikuti Batu Pahat RM170,880 dan Johor Bahru Selatan RM141,370. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pencemaran bau kimia: Polis tahan pemandu, kelindan lori di Johor
Polis Johor menahan dua lelaki yang juga pemandu serta kelindan lori yang disyaki terlibat dalam kes pencemaran bau kimia di sekitar daerah ini, sejak awal bulan ini.

Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.

Polis Johor kutip RM1.38 juta bayaran saman dalam tiga hari
Sebanyak RM1.38 juta kutipan bayaran saman trafik diperoleh sepanjang tiga hari Program Ramah Mesra Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor bersama Brother Motor yang berakhir hari ini.

Seludup diesel bersubsidi, sembilan individu ditahan bersama rampasan bernilai RM281,494
Kesemua suspek terdiri lapan lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing, berumur 20 hingga 41 tahun.

Polis serbu sarang penagihan dadah, 43 individu ditahan
Kesemua penagih itu dipercayai menjadikan beberapa lokasi sekitar Felda berkenaan sebagai tempat untuk melepaskan gian.

Polis Johor ubah suai corak tugasan sempena Aidilfitri
Polis Johor perkemas corak tugasan pegawai dan anggotanya bagi memastikan sambutan Aidilfitri di negeri ini berjalan dengan lancar.

Aktiviti perjudian dalam talian: Bekalan elektrik 23 premis dipotong
Op Bersepadu JOL dijalankan sebagai langkah dan usaha untuk membanteras kegiatan perjudian di negeri itu.

Taktik penyamun bakar mercun sebelum samun kedai emas gagal
Lelaki itu ditahan di tempat kejadian selepas pihak polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian berkenaan.

Sindiket ketum diketuai bekas penjawat awam tumpas
Dua serbuan susulan di sekitar Kulai dan Johor Bahru turut menahan 12 yang lain termasuk lapan penjawat awam.

Tiada laporan diterima berhubung dakwaan bekas pekerja ATA IMS dipukul polis
Pekerja terbabit mendakwa dipukul semasa disoal siasat kerana berkongsi maklumat mengenai keadaan kilang.