JOHOR BAHRU: Sebanyak 23 premis di seluruh negeri Johor diarahkan polis untuk dipotong bekalan elektrik selepas disyaki menjalankan aktiviti perjudian dalam talian.
Semua premis yang antaranya kedai runcit, kedai telekomunikasi dan pusat snuker itu membabitkan daerah Kluang, Batu Pahat, Muar dan Kulai.
Arahan pemotongan elektrik itu dibuat sejak Januari hingga kini.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menjalankan Op Bersepadu JOL
sebagai langkah dan usaha untuk membanteras kegiatan perjudian di negeri itu.
"Semalam sahaja, sebanyak 389 premis diperiksa, namun disahkan tiada elemen perjudian.
"Aktiviti perjudian ini disyaki dilakukan di premis-premis kedai runcit, kedai telekomunikasi dan pusat-pusat snuker.
"Jenis perjudian ini menggunakan konsep ejen tambah nilai melalui atas talian," katanya.
Kamarul Zaman berkata, dalam operasi yang diadakan dari jam 9 pagi hingga 7 petang semalam, sebanyak 10 serbuan berjaya dilakukan di Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Johor Bahru Utara (JBU).
Manakala, katanya, seramai 13 individu yang juga warga tempatan ditahan terdiri daripada 11 lelaki dan dua wanita berusia antara 19 hingga 57 tahun.
"Mereka yang ditahan ini ialah penjaga premis dan ada juga pemain.
"Kita turut merampas 12 telefon bimbit yang disyaki digunakan dalam aktiviti perjudian.
"Selain itu, wang tunai sebanyak RM1,393 turut dirampas," jelasnya.
Menurut Kamarul, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Izlaily Nurul Ain Hussein
Wed Feb 02 2022

Antara individu yang ditahan selepas dipercayai menjalankan aktiviti perjudian atas talian; dan pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang memotong bekalan elektrik di salah sebuah premis. - Polis Johor

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Judi dalam talian: Lima premis diserbu polis Kota Tinggi
Lima premis perjudian dalam talian diserbu pihak polis di sekitar Kota Tinggi Johor, dalam operasi pemotongan bekalan elektrik bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Aktiviti perjudian dalam talian: Bekalan elektrik 23 premis dipotong
Op Bersepadu JOL dijalankan sebagai langkah dan usaha untuk membanteras kegiatan perjudian di negeri itu.